“Terima kasih, malaikat tanpa sayap…” -Dua saksi penting, dedah detik terakhir bersama Muhammad Adib

Prosiding inkues kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib yang terkorban dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Mahamariaman, Subang Jaya telah berlangsung pada minggu ini di Mahkamah Koroner.

Pendedahan demi pendedahan telah didedahkan oleh beberapa orang saksi penting dalam kejadian tersebut, bagi merungkai sebab kem4tian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim.

Semalam saksi kesembilan telah dipanggil, mereka ialah dua insan penting yang menemani Muhammad Adib ke Subang Jaya Medical Centre, sebaik melihat anggota bomba itu rebah berlumuran darah.

Saksi kesembilan tersebut ialah R. Naresh dan Mohd Hafizan yang merupakan insan pertama membawa Muhammad Adib menerima rawatan ke hospital.

Pendedahan semasa kejadian menyayat hati yang menimpa Muhammad Adib, telah diceritakan oleh dua insan penting ini di Mahkamah Koroner semalam.

Berikutan itu, seorang pengguna laman Facebook ini, telah menceritakan kembali detik ketika prosiding berlangsung. Penceritaan daripada saksi kejadian tentang kejadian tersebut, digambarkan sebagai malaikat tanpa sayap oleh pengguna Facebook ini.

Mohd. Hafizan merupakan bekas tentera yang berkhidmat sebagai seorang pembantu perubatan di unitnya. Beliaulah rupanya yang sanggup mengambil risiko mengejarkan anggota bomba, arwah Adib dengan kenderaan pacuan empat rodanya ke hospital walaupun ia mendedahkan nyawanya dalam bahaya ketika itu. Hafizan sebelum itu kebetulan lalu di lokasi kejadian kerana hendak mengisi minyak.

“Saya diberitahu ‘jangan masuk, nanti kena pukul’. Ada orang yang berkumpul di tepi-tepi jalan. Saya turun daripada kenderaan saya dan masukkan Adib ke bahagian belakang. Ketika itu, anggota bomba berkenaan tidak memakai baju dan kasut, hanya seluar celoreng,” katanya.

Narresh pula adalah sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Dalam insiden itu, dialah yang menemani dan mengelap tubuh Adib di tempat duduk belakang kereta yang dipandu Hafizan sampai ke wad kecemasan Subang Jaya Medical Centre. Dia sampai menjerit kat wad kecemasan minta arwah Adib dibantu walaupun hospital itu adalah hospital swasta.

“Saya terus bercakap dengan Adib ‘bangun-bangun, please say something. Be strong, we are reaching to hospital. Ketika di kecemasan seorang kakitangan hospital bertanya mengenai dokumen seperti insurans dan kad pengenalan. Saya cuma jawab tiada dan beritahu ‘please help him’, kalau tidak nyawa dia terancam. Dia (Adib) orang kerajaan, anggota bomba. Kalau rumah terbakar kamu panggil bomba. Tolonglah selamatkan dia. “

Dalam inkues ni satu per satu cerita ini diperdengarkan. Nama mereka berdua kita tak pernah tahu sehinggalah semalam.

Moga Allah membalas jasa dan bakti mereka.

Malaikat tanpa sayap.

Sesungguhnya, bantuan daripada dua insan penting ini diumpamakan sebagai malaikat tanpa sayap yang merupakan insan pertama membantu allahyarham Muhammad Adib.

Sumber : Facebook Syahril A. Kadir via nalurikini.com