Selepas 3 Hari Papagomo Dibebaskan. Ini Nasihat Najib Razak Kepada Semua Selepas Insiden Papagomo Syed Saddiq Terjadi

Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim mengesahkan siasatan pihaknya tiada pergaduhan serius antara Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 16 Februari lalu.

Sehubungan itu, kata beliau, blogger yang lebih dikenali sebagai Papagomo itu yang direman tiga hari bagi membantu siasatan, akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Kenyataan PDRM Tentang Papagomo Syed Saddiq

“Kita mendapati tiada pergaduhan sebaliknya hanya salah faham dan berlaku tarik menarik. Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Jika kita rasa saksi sudah mencukupi, kita serahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk lakukan proses pendakwaan,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Ahad lalu, Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira jam 3 petang, selepas didakwa terbabit dalam serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang semasa penamaan calon pilihan raya kecil Semenyih.

Sebelum itu, Syed Saddiq yang juga adalah ahli parlimen Muar membuat laporan polis bahawa beliau diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari dewan pusat penamaan calon, Sabtu lalu.

Papagomo ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, yang mendakwa dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu.

Polis membuka kertas siasatan selepas menerima dua laporan susulan insiden sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Cempaka, MPKj pada jam 10.45 pagi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas selepas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kajang mendakwa dikasari dan dipukul dari arah belakang.

Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan dan merusuh, selepas Syed Saddiq mendakwa diserang sekumpulan penyokong parti politik. – Malaysia Kini

Ini Komen Najib Razak Selepas Papagomo Dibebaskan

Pihak polis mengesahkan tidak ada kes dan EXCO Pemuda UMNO dibebaskan serta merta.

Sebagai langkah keselamatan, saya rasa ianya lebih baik jika orangramai jangan dekat sangat dengan Menteri-menteri PH.

Takut kena lapor polis dan terpaksa duduk 3 malam dalam lokap tanpa apa-apa sebab.

Dengan perkembangan ini, ada juga rakyat yang tanya jika ini mengesahkan bahawa Menteri PH ini telah membuat laporan polis yang palsu.

Sumber : Najib Razak via KL Viral