Sekarang Dah Pukul 4pm Mana Nak Cari RM5010 Sebelum Pukul 6.30pm? Wanita Ini Menceritakan Pengalaman Beliau Dipaksa Membayar Hutang Tetapi Rupa Rupanya Semua Itu..

Semua Kerana Hutang TV dan Sound Bar Dengan COURTS Mammoth!

Kisah ini menceritakan keadaan zaman sekarang apabila kita berhutang dan ada pengutip hutang yang tiada adab. Mereka tidak peduli tentang apa kita buat janji mereka dapat wang. Perkara ini banyak kali diketengahkan bagaimana pengutip hutang untuk syarikat syarikat yang mengeluarkan pinjaman sangat tidak tertib.

Mari baca kisah wanita ini bagaimana keadaan hidup dia menjadi kelam kabut kerana pengutip hutang ini.

Update: 14.59 (Sabtu 23/2/19)

Terima kasih kepada pihak atasan COURTS kerana membantu kes aku dengan efficient dan telah mengambil tindakan dengan sewajarnya kepada ‘orang’ berkenaan.

Dan bertindak atas arahan untuk menjaga reputasi, ada beberapa info yg telah aku edit dengan ikhlas hati.

Selain dari itu, aku tetap akan publish post ini kerana di akhir cerita ada plot twist.

Terima kasih.

Assalamualaikum.

Aku nak share kisah aku dengan seorang lawyer yang di ‘appointed’ oleh pihak COURTS.

Kisah aku agak panjang. Dan maaf sekiranya olahan bahasa aku cacamarba.- Jika sudi bacalah.

Sedikit info, aku mempunyai 2 akaun kotrak dengan COURTS bermula 2017- 2020.

Akaun 1 – TV Akaun 2 – Sound bar

Dan adat meminjam, adakalanya aku terlewat bayar dan ada lompat bulan. Itu memang kesilapan yang aku akui. Ini kerana, aku menangung ibu aku kidney failure stage 4. Dan ada beberapa komitmen sbg anak tunggal dalam keluarga. Berkahwin menetap di utara. Sedangkan ibubapa di selatan.

Ok. Cerita nya bermula, masa aku dekat office….

Khamis (21/2/2019)

2.55pm

Aku terima panggilan dari seorang cina (Mr. Lim 016-3899856), mengatakan bahawa dia dh otw ke rumah aku dari Changkat Jering.

Katanya, dia diarahkan oleh seseorang untuk mengambil barang kt rumah aku. So dia suruh aku standby. Aku terkejut, tanya dia,

Aku: “eh…u nk amik barang apa? I x tau apa2 pun…I xde terima apa2 surat pun!…”

Cina: “ eh….u xda terima surat meh? I mau angkat barang ni….u call this no 03-58703631 cakap sama En. Johari”

Automatik dalam kepala aku ingat COURTS. Kerana aku cuma skip dan lewat bayar COURTS je.

3.00pm

Aku terus call no yg diberikan dan dapat bercakap dgn En. Johari.

Aku kenalkan diri Axxxxxx xxxxx dan tanya ada cina otw nk ke rumah aku nak ambil barang. Kenapa aku tak dapat apa2 surat pun sebagai warning?

En. Johari mengesahkan kejadian tersebut. Dia search nama aku dan bacakan semua info2 termasuk nama suami aku dan juga alamat tetap rumah mertua aku beserta nama bapa mertua. Katanya, “Akaun agreement di antara puan dan pihak COURTS telah dibatalkan sebab puan telah melanggar syarat2 yang ada dalam agreement. Maka dengan itu puan akan diberikan saman dimana cina td diupah untuk mengambil semula barang2 yg disewa.

Aku cakap, “ kenapa boleh terbatal, sedangkan saya tak dapat apa2 surat pun. Dan betul saya mengaku yang saya ada beberapa bulan yang tak bayar, sb saya ada masalah keluarga. Tapi tak kan se agresif ini saya terima?”

En. Johari terangkan,” COURTS dah taknak ada apa kaitan dengan puan. Itu sebab kes diserahkan pada pihak guaman untuk di audit. Bila dah macam ni pihak COURTS dah tak menerima sebarang PEMBAYARAN. Nak taknak puan kena melalui FASA 1 – PENYERAHAN AFIDAVIT.”

Sambungnya “Cina tu akan ambil barang. Selepas tu dia akan serahkan satu surat acknowledge minta puan sign. Itu bereti puan telah menerima dan faham surat saman. Maka akan berlaku FASA 2 – PERBICARAAN.”

“Dalam FASA 2 – PERBICARAAN – puan akan menerima surat dalam tempoh 7 – 14 hari, puan beserta suami dan juga bapa mertua diminta untuk hadir ke KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA, bagi proses perbicaraan. Dan jika didapati puan serta penama diatas bersalah. FASA 3 – PEMBAYARAN akan terus dijalankan.

Puan diminta untuk menjelaskan jumlah tuntutan sebanyak RM20,000++ tidak termasuk kos guaman RM5,000.++. Puan perlu menyelesaikan baki dalam tempoh 7 – 14 hari. Jika puan gagal berbuat seperti yang diarahkan…FASA 4 – JATUH DALAM WARAN SALES mahkamah akan melelong semua asset yang ada di dalam alamat pertama dan alamat kedua. Setiap asset tidak lebih dari RM10,000 untuk sebuah rumah”.

“Untuk makluman puan, COURTS tidak linked dengan BNM. So tiada istilah CTOS disini. COURTS adalah syarikat Korporat swasta. Jadikan tindakan mahkamah yang akan diambil. Puan punya agreement di Sungai Petani ya. Di SP ada dua branch sebelum ni kan? Tapi satu dah tutup. COURTS bukan sahaja tutup di SP. Malah COURTS akan menutup seluruh cawangan di MALAYSIA. Sebelum COURTS tutup, mereka ingin dapatkan kembali duit mereka.”

Bila dia terangkan semua nya dekat aku…aku jadi lagi gementar…sebab ini melibatkan nama bapa mertua aku. Aku dah start nangis.

Siapa yang tak takut, selama 35 tahun hidup, ini pertama kali jadi kat diri sendiri.

Terus aku kenang mak bapak aku macam mana lah nanti.

Bila aku dah diam…. En. Johari ni sambung lagi. “Macam ini lah puan, saya boleh bantu puan sebaik yang mungkin….puan call semula cina tadi dan tanya kan dia 2 soalan ini. 2 soalan ini yang akan merubah kes puan. Tapi jika salah satu soalan ini, cina tu dapat kemukan bukti, menangis air mata darah sekalipun saya dah tak boleh buat apa2 pada puan. Cuma nasihat saya, jangan bagitahu cina tu yang puan telah berbincang dengan saya.”

Soalan 1 – Tanya sama ada cina tu ada buat laporan polis ke x? kalau ada minta no kes.

Soalan 2 – Anggaran masa untuk sampai dari Chqngkat Jering ke rumah pukul berapa?

3.55pm

So, aku pun call cina tu tanya dia, ada bawak report polis x? Cina tu cakap takde.
Dan cina tu akan sampai dalam pukul 6.30pm.

4.00pm

Aku contact semula En. Johari dan bagitau yg cina tu tak de laporan polis dan akan sampai rumah aku dalam pukul 6.30pm.

En. Johari tu kata, “ Ok saya ada 1 berita baik dan 1 berita buruk. Berita baik, puan ada 1 point, sb cina tu tak buat laporan. Cina tu tak boleh masuk rumah puan, kalua dia masuk dh jadi pecah rumah. So puan boleh bertindak. Dan tadi saya dah discuss dengan COURTS pasal kes puan, saya cadangkan puan buat full settlement RM5010.00 untuk tutup akaun 1. Berita buruknya, puan kena jelaskan RM5010.00 sebelum pukul 6.30pm sebelum cina tu sampai ke rumah puan. So, puan dah boleh bertindak mencari duit mulai sekarang la ya. Sebab dah lewat dah ni.”

Habis sembang dengan En. Johari pun dah pukul 5.10pm!

RM5010???!!! Kena settlekan sebelum 6.30???? Bila aku dengar macam tu…..aku lagi terus berdebar. Sb aku taknak melalui semua FASA2 yang di bagitahu tadi. Aku taknak drag bapa mertua aku ke mahkamah. Kalau nak kena biarlah atas aku sorang.

Jadi, lepas dah dapat info aku kena bayar tu…aku terpaksa loan dengan boss aku. Dipendekkan cerita boss aku bagi loan RM 2,500. Itu pun aku dah bersyukur.

Jgn layan. Buat x tau!

Aku call suami aku cerita dari A to Z. Dia dah sound….tu scammer! Jgn layan. Buat x tau!

Tapi aku tetap kata itu betul…sb dia suruh bayar direct ke akaun COURTS.

Dalam masa yang sama, mak & bapa saudara suami pun call….bgtau juga, jgn layan…tu scammer.
Tapi aku still takut. Aku tetap nk dapatkan lg RM2500.

Aku tengah oncall dengan suami…En. Johari dah call aku…dalam masa yg sama…cina pun dok call aku.

Aku stress sangat. Tapi semua call aku x jawab.
Dapat pula wasep dari staff En. Johari, dia kata…macam mana keadaan. Siap push aku suruh segera.

Long story short.

6.30pm

Aku tak balik rumah lagi. Aku call suami tanya dia ada tak lori sampai depan rumah.
Suami kata, mana ada…kalau dia datang…meh sini, dia tunggu.

Suami aku cadangkan aku pergi Branch COURTS direct.
Aku pergi ditemani kawan.

Sampai COURTS Sg. Petani. Aku terus pergi Bahagian Tunggakan. Jumpa Kak Mira (015-48721720)
Aku bagi no ic…Kak Mira tu cek akaun aku…lepas tu dia tanya kenapa? Maka, aku pun cerita lah dekat dia ada org call aku bagitau, akaun COURTS aku dah kena block, tanpa aku mention amount RM5010!

Terus Kak Mira ni cek. Dia kata, memang betul akaun 1 aku dah hantar audit peguam. So peguam yang handle kes aku ni. Jadi aku dikehendaki bayar RM5010 dengan segera. Kak Mira kata, sebab aku dah 6 bulan tertunggak! Aku tunjuk resit akhir aku… 31/10/18….tak sampai pun 6 bulan…..

Aku terus tergamam. Yelah dah pihak dalam COURTS pun mengesahkan benda yang sama!

Kak Mira tanya aku, berapa aku mampu bayar. Aku cakap, aku mampu bayar RM2500 ni je. Ini je yg ada dan jangan paksa aku untuk aku cari cara lain. Kak Mira terus call peguam nama Tn. Iskandar (011-13125230). Tn. Iskandar ni boss kepada En. Johari tadi.

Pendek cerita, Tn. Iskandar MEMAKSA aku untuk jelaskan RM3000 sahaja dengan COURTS dalam tempoh 30 minit!!! Settlekan untuk akaun 1 sahaja.

Semua rekod suara diantara aku dan kak Mira ada bagi tujuan post-mortem aku.

Aku dah makin gementar.

7.45pm

Suami aku amik aku, dia bagitahu mak sedara dapat pinjamkan RM500. Maka aku dapat RM3000.00

Tapi aku x bayar on the spot di COURT SP. Sb aku dpt wasep dr staff En. Johari, dia kata aku bleh jelaskan semua hari esok (Jumaat).

Dalam kereta, hati aku kuat kata…ESOK PERGI COURTS BUKIT MERTAJAM!

Jumaat (22/2/19)

10.30am

COURTS BUKIT MERTAJAM.

Selangkah aku nk masuk pintu COURTS, En. Johari call aku. Tanya aku….macam mana? Dia dah tahu yang aku nk bayar RM3000. So dia kata nnti bagi slip. Aku tanya, pasal cina semalam tu apa cerita…dia cakap, takpe cina tu dia dah handle.

Masuk COURTS. Aku terus jumpa SA kt kaunter. Aku bagi IC no untuk cek akaun.

SA tu tanya aku, “Ok nak bayar berapa?”. Aku kata aku nak bayar RM3000.
Kak pandang aku (dengan mata aku yg bengkak) – pandang monitor….dia pandang aku – pandang monitor. Dia soal aku “ Betul ke nak bayar RM3000?”

Aku terus meleleh air mata….ya, aku DIPAKSA untuk bayar RM3000 hari ni!!
Dari ayat yang keluar dari mulut SA tu…..buatkan aku lagi bertambah meraung!!!!

SA BM kata “ Tak perlu… cuma bayar jumlah tunggakan sahaja. Untuk pengetahuan Debt Collector memang akan ugut macam tu, supaya kita takut. Itu sebab dia berani minta macam2. Benda ni dah bnyak kali kena sambil dia tunjukkan report ni semua dari kes Debt Collector punya kes.

“….mana lepas ni yang peguam ke , lori cina ke….blocked no dia xyah layan! Ni kalau dia kacau….pergi report polis terus!” Terang SA BM.

Aku diminta untuk menulis report dan dia akan submit pada manager…manager dia akan handle kes macam ni. Dan akan mengambil tindakan pada yg terlibat.

Untuk pengetahuan…..pihak COURTS nak saman orang pun amik masa berbelas tahun tau….bukan 7-14 hari – katanya.

Maka pendek cerita, aku jelaskan semua tunggakan aku RM2800 bagi kedua2 akaun. Siap ada advance bulan lagi. Jadi aku tak perlu bayar sampai bulan 5!.

Settle semua…SA BM yakinkan aku….jangan takut dan sedih lagi dah.

Keluar dri COURTS, aku block semua no2 tel yg call aku sblum ni.

Dan, patutlah hati aku beriya suruh datang COURTS Bukit Mertajam. Rupanya, ada jawapan di sebalik semua ni.
Aku mengaku silap aku tak bayar. Tapi kalau kena drastic macam ni….sape tak gabra oiiii…

So, itulah cerita aku….aku share ni supaya korang yg mana kena macam aku ni, refer lah dekat banyak2 tempat. Jangan percaya pada satu saluran je.

Kalau lah aku ni orang berada, aku xde nafsu nak berhutang. Baik aku bayar cash. Sebab tak mampu lah aku berhutang, setiap bulan aku mampu bayar seperti yang dijanjikan.
Cuma dengan kealpaan yg sedikit, terus merebak jadi besar.

Allahuakbar….penat otak aku. Aku nak rehat.

Assalamualaikum.

Sumber : Ai Artkid via KL Viral