Saya bini ke2 dan suami akan ceraikan bini pertama. Tiba-tiba Hakim mahkamah bagi tahu sesuatu yg membuatkan suami nk rujuk semula bini prtama.

Semoga mendapat manfaat dari kisah ini.

Kisah aku ni Panjang so siapa yang pemalas nak baca boleh scroll laju2. Dan makcik bawang yang tahu mengecam je pun bolehlah scroll laju2 ek. Aku perlukan pendapat dari segi undang2 (aku pernah terbaca komen dari peguam syarie tp bila scroll balik tak jumpa nama fb peguam tu) dan juga mungkin dari pengalaman sesiapa yang pernah alami keadaan aku sekarang. Okay so, aku dah kahwin dengan suami selama 2 tahun.

Aku isteri kedua (aku tahu akan ada yang kecam). suami lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab. Suami berkahwin dengan isterinya selama 10 tahun dan punya 3 anak lelaki. Bulan 11 tahun lepas, suami telah bercerai secara sah dengan isteri pertama kerana suami tak tahan isteri pertama tak pernah bekerja dan hanya tahu membebel tu tak cukup ni tak cukup dan asyik minta duit sahaja.

Suami kata dlm rm600 tu pun isterinya mampu beli handbag dan shopping2. Gaji suami sebanyak 3.8k sahaja. Suami bagi nafkah rm600 termasuk duit dapur dan belanja sekolah anak2 tapi bekas isteri asyik membebel tak cukup. Suami kata dia saja bagi sikit sebab dia nak isteri pertama belajar berdikari dan cari kerja.

Oh ya, sebelum kena kecam, duit sewa rumah, api dan air bekas isteri sampai habis iddah suami yang bayar. Jadi setelah habis iddah, mulalah proses tuntutan mutaah dan hadhanah. (aku tak hadir ke mahkamah Bersama suami jd apa yang aku ceritakan ini adalah dari cerita yang suami bgtahu aku kalau salah maaf ya lawyer).

Bekas isteri minta 10k utk mutaah dan perlu dibayar sebanyak 3 kali serta 1.5k duit nafkah sebulan untuk anak 3 orang. suami tak setuju, kerana 1.5k terlalu banyak sedangkan sewaktu kahwin suami Cuma beri rm600 dan segalanya cukup.

Jadi suami hendak tuntut hak penjagaan anak2 untuk menjimatkan kos tapi aku tak setuju hal ni sebabnya nanti kalau budak2 tu datang duduk rumah aku, aku lah yang kena jaga makan minum dorang sedangkan aku tengah hamil 4 bulan. Tapi suami berkeras juga mahu hak penjagaan anak2 dan katanya bekas isteri pertama tak bekerja sbb tu dia demand nafkah yang banyak utk tamping kehidupan dia.

Haa kat sini yang suami terkejut beruk (aku pun terkejut sekali) bila bekas isteri bentangkan penyata kewangan yang mengatakan dia mempunyai harta sebanyak RM570 ribu! Terkejut tak? Hahahaha rupanya setelah kemat*an bapak bekas isteri suami 5 tahun lepas, bapak dia hibahkan segala tanah, rumah, 2 biji rumah kedai, duit asb dan tabung haji ke bekas isteri dan adiknya utk dibahagikan sama rata. Mereka jual semuanya sbb tu bekas isteri ada duit sebanyak itu. (sebenarnya banyak lagi jumlahnya tapi bekas isteri dah shopping banyak).

Suami tak sangka yang arwah bapak mertuanya orang ada2 sebab dia Nampak macam orang susah rumah pun rumah kayu kampung tu. Dan bekas isteri pernah kata yang dia Cuma dapat 15k duit faraid dan semuanya suami ambil untuk belikan kereta baharu.

Rupa2nya suami dah kena tipu dan 15k tu cumalah tip of the iceberg je! Suami kata patutlah bekas isteri banyak shopping dan bekas isteri kata beg2 dan jam tangan yang dibeli semua jenama fake tp sebenarnya ori dan suami kata ada satu jam tangan isteri (ya suami panggil perempuan tu isteri dah skrg) lebih mahal dari harga kereta yang kami pakai sekarang min!

Di luar mahkamah, suami tanya pada bekas dia tu, kenapa selama berkahwin dia tak pernah cakap apa2 pada suami tentang harta ni dan tak pernah tolong suami bayarkan loan2? Dan dia balas ‘aku tahu kalau kau tahu harta aku banyak mesti kau akan perabiskan. Aku saja nak tengok macam mana perangai kau bila kau rasa aku ni satu sen pun tak berguna kat kau’ . Jadi sekarang suami cuba berbaik-baik dengan bekas isteri untuk kurangkan tuntutan nafkah dan mutaah.

Semalam, out of nowhere, suami tiba2 kata ‘kalau abang kahwin balik dengan senah tu, b setuju tak’ terkejut aku min. puas aku menangis semalam dan pagi td. Pagi tadi aku baca mesej suami bagi pada bet*na tu. Punyalah Panjang berjela2 suami mintak maaf dan harap bet*na tu terima dia balik demi anak2 tapi bet*na tu balas ooo je (lega aku!) sekarang ni aku terpikir, setelah tahu jumlah kewangan bekas isteri, aku nak tanya pada para lawyer

1) bolehkah suami tuntut harta sepencarian dari duit2 bekas isteri tu sebab dia dapat wang itu ketika mereka masih kahwin

2) bolehkah nafkah yang banyak tu dikurangkan setelah dapat tahu bahawa perempuan tersebut sebenarnya sangat mampu utk tanggung anak2 dia? Sebab aku rasa dengan cara ini sahaja yang boleh buat suami berhenti berharap kembali pada bekas isterinya. Terima kasih dan jangan kecam.

Sumber : ekisah.com