Rusuk Kiri Kanan Dan Alat Sulit Cedera, Bayi 47 Hari Kena Der4 Dengan Ibu Bapa Sendiri

Mana-mana ibu bapa yang normal dan menyayangi bayi mereka pastinya akan menatang anak tersebut bagai minyak yang penuh. Tubuh bayi yang fragile kerana baru lahir membuatkan parentslebih berhati-hati apabila menjaganya.

Pun begitu, admin masih tak faham kenapa wujud manusia yang berhati syaitan sanggup mender4 bayi baru lahir sehingga meningg4l dunia! Menurut Astro AWANIseorang bayi berusia 47 hari m4ut lepas dider4 dengan teruk sekali oleh ibu bapa sendiri. 

Bayi perempuan pat4h rusuk kiri dan kanan, ceder4 bahagian kem4luan 

Lebih menyedihkan bayi tersebut didakwa alami keceder4an di seluruh tubuh badan termasuklah di bahagian kem4luannya. 

Laporan bedah siasat memaklumkan bahawa bayi tersebut alami patah rusuk kiri, lengan kanan dan peha kiri. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, seluruh bahagian luaran tubuh mangsa jugak ada kesan lebam dan melecet. Allahu! 

“Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.

“Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya dalam kenyataan.

Yang tak masuk akalnya, ada juga kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa namun bayi itu meningg4l akibat pendar4han di kepala.

Ibu bapa mangsa bebas pengaruh d4dah 

Selalunya kalau perkara macam ni berlaku, ramai yang akan kaitkannya dengan penyalahgunaan d4dah. Namun pihak polis mengesahkan bahawa ujian saringan air kencing terhadap ibu bapa tersebut mendapati mereka bebas d4dah.Aikk??

Kedua-dua ibu bapa mangsa yang berusia 22 tahun ini telah direman 7 hari bagi bantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mangsa dilaporkan meningg4l dunia ketika dibawa bapanya untuk dapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya ketika jam 10.45 pagi, Khamis lalu.

“Betul-betul syaitan mak bapak baby ni. Allahu menangis hati saya baca” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini berasa sangat sedih dan tak menyangka bagaimana seorang ibu dan bapa sanggup melakukan perkara terkutuk ini kepada anak kecil.

Admin tak tahu dah nak cakap apa. Rasa-rasa macam parents ni ada penyakit mental sebab tergamak buat macam tu. 

Sumber:lobakmerah

Innalillahiwainnailahirajioun … Al Fatihah wahai si anak syurga ….

Selain kem4luan ceder4, bayi 47 hari ‘makan’ lantai, dinding dan pintu

BUKIT MERTAJAM : Bayi berusia 47 hari yang m4uttt dipercayai akibat didera ibu bapa sendiri mengalami keceder4an di seluruh badan termasuk di bahagian kem4luan.

Laporan awal bedah siasat mendapati, bayi perempuan berkenaan mengalami p4tah pada rusuk kiri dan kanan, selain lengan kanan dan peha kiri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid bahagian luaran tubuh mangsa juga terdapat kesan lebam dan melecet di seluruh tubuh mangsa.

“Punca keceder4an luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.

“Bedah siasat juga mendapati terdapat keceder4an dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya dalam kenyataan.

Terdapat juga kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa namun bayi berkenaan maut akibat pend4rahan dalam kepala.

Tambahnya Nik Ros Azhan, ujian saringan air kencing terhadap ibu bapa bayi berkenaan mendapati mereka bebas daripada pengaruh d4dah.

Ibu bapa bayi malang berkenaan yang berusia 22 tahun itu direman tujuh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mangsa meningg4l dunia ketika dibawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya kira -kira jam 10.45 pagi, Khamis lalu.

Sementara itu, ibu bapa kepada bayi terbabit direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan berkaitan bayi perempuan mereka itu. -Astro AWANI