Najib Razak Naik Jetski Di Langkawi Dan Ini Kata Kata Najib Razak Kepada Mat Sabu

Pasti ramai tahu bahawa King Of Troll atau Bossku, Najib Razak bekas Perdana Menteri Malaysia yang dulu dihina teruk sekarang menjadi satu fenomena sedang beristirehat di Langkawi.

Kehadiran beliau di Langkawi seperti seorang artis luar negara yang popular hadir. Semua yang hadir sanggup berhimpit semata mata untuk mengambil gambar selfie bersama Najib Razak.

Najib dipercayai merujuk kepada tindakan pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung programnya di pulau peranginan berkenaan.

Lima laporan polis berkenaan dibuat oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Terdahulu, pemimpin Bersatu yang juga merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Eddin Syazlee Shith berkata laporan polis berkenaan dibuat “menjaga ketenteraman awam” pulau peranginan berkenaan.

Ketua Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk laporan polis terhadap Najib yang “sekadar jalan-jalan di Langkawi dan lepak dengan kenalan”.

Gelaran Raja Troll diberikan Najib susulan pendekatan sindiran dan sinis seumpamanya dalam membuat kenyataan mengkritik atau membalas kritikan seteru politiknya, terutamanya pemimpin Pakatan Harapan.

Dalam sebuah video yang dimuat di akaun peribadi bekas perdana menteri itu, Najib dilihat dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengannya.

Mungkin pertama kali melihat Najib yang tiba-tiba muncul di sebuah pasaraya mini di Langkawi, masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan ‘selfie’ dengannya.

Najib Razak Main JetSki Tapi Ada Pesanan Untuk Mat Sabu

Jangan terkejut jika Najib Razak muat naik apa apa jumlah like akan jadi beribu tidak sampai 1 minit. Seperti semua orang ternanti nanti apa update terbaru dari Mantan Perdana Menteri ini.

Baru baru ini beliau telah pergi ke pantai Langkawi bersama anak lelakinya untuk bermain Jetski. Tetapi beliau ada pesanan untuk Mat Sabu ..

Saya jalan-jalan Langkawi, ada orang lapor polis. Saya lupa inform Mat Sabu saya pergi pantai main jet ski tadi. Nanti kalau ada orang buat report minta hantar Tentera Laut, saya ok. Saya ready.


Ada ada je la Najib Razak ini .. hahaha!

Sumber : KL VIRAL