“Mungkin Dr maksudkan telur Penyu” – Suhaimi Saad

Tempoh hari bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad mencabar angkasawan negara untuk bersumpah bahawa bumi itu berbentuk bulat sfera. Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi Facebooknya, pagi Rabu lalu .Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor memberi respon mengenai cabaran Suhaimi itu menerusi laman sosialnya, sebentar tadi. Dr Sheikh Muszaphar mengimbau kembali kenangan menjadi angkasawan Islam kesembilan ke angkasa lepas dan merasai sendiri pengalaman mengelilingi orbit pada kelajuan 27 ribu kilometer sejam.

Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas. Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar.
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari.

Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam. Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr.

Laungan Azan kedengaran seketika.
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi.

Melihat Bumi dengan mata sendiri.Degupan jantung berhenti seketika. Meremang Bulu Roma. Mata tidak terkebil. Melihat Kebesaran Maha Pencipta

Susah tukar pemikiran golongan flat earth

Dr Sheikh Muszaphar juga menegaskan bumi berbentuk sfera, bukan seperti bola, namun lebih kepada telur. Bagaimanapun dia tidak menafikan susah untuk menukar mentaliti mereka yang percaya bumi ini rata.

Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas …
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana
MasyaAllah…SubhanAllah …
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator .

Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .

It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.

It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers.

But here I am sharing you my experience of what I have seen .

In the name of Allah it comes from my heart
Salam Jumaat Everyone …
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn …
Love As Always …
PS – Just wanted to straighten the facts !

Ini respon Suhaimi

SORRY SORRY

Lepas ss dan Ina tergelak tadi,
Nak tambah sikit lagi

Minggu lepas Dr kata bumi ni sfera.

Pagi ni Dr kata,
tak sfera sangat.
Macam bentuk telur

Dr biar betul..?

Besar harapan netizen dan rakyat Malaysia ni nak dengar Dr kata sfera.

Tup tup tup,Dr kata macam telur pulak.

Yang ss tau,sfera tu macam bola.
Telur tu macam bujur sikit.
Dalam buku sekolah pun memang diajar sfera kan?ke macam telur?

Okey,ss husnuzon.
mungkin Dr maksudkan telur Penyu

Elok la Dr tak bersumpah..
ss takut jugak kalau Dr termakan sumpah.

Sebab Dr tengok tu pun dah lebih 10 tahun kan.
Mungkin Dr dah tak berapa sure.

Takpe,
ss faham.
ss maafkan.

Tq sekaki lagi Dr sebab sudi respon.

Netizen,
Banyakkan bersabar yaa.
Selawat banyak banyak yaa.
Mana tau,berkat selawat korang,bumi jadi sfera semulakan?

Allah Maha Kuasa.
Makhluk tak ada kuasa.

La ilaha illAllah

Suhaimi kemudiannya dilihat memuatnaik status terbaru mengenai kenyataan angkasawan itu dan berpendapat Dr Sheikh Muszaphar tidak faham dengan sumpah.

Suami Ina Naim ini juga bagaimanapun tidak memaksa Dr Sheikh Muszaphar berbuat demikian dan berkata akan tetap meneruskan kajian dan dakwah kepada golongan flat earth.

Selain teori bumi mendatar, ada yang dakwa bumi berbentuk seperti donat gergasi

BENTUK sebenar bumi yang didiami kita semua sering menjadi perdebatan sejak dahulu.

Seperti yang diajar dan diberitahu, bumi sebenarnya berbentuk sfera.Namun wujud pula golongan yang mendakwa bumi sebenarnya leper dan mendatar.

Ujar mereka, ia seperti disc gergasi yang tergantung di angkasa.

Tidak cukup dengan golongan ini, timbul pula satu lagi gerakan yang memperjuangkan kebenaran dan mendakwa bumi berbentuk seperti donat.

Teori itu pernah diterbitkan menerusi komuniti Flat Earth Society pada 2012.Ia sekali lagi menjadi perdebatan apabila kembali diperkatakan pada tahun ini.

“Saya ada teori dan berpendapat bumi berbentuk seperti donat gergasi,” ujar penulisnya.

Dalam pada itu, ramai pembaca turut menyelar teori berkenaan.Malah ada segelintir individu yang menyifatkannya sebagai satu kebodohan yang nyata. – Daily Star.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Suhaimi Saad , Ohbulan, Mstar via world-wide24.com