“Macam Ni Rupanya Kerja.. Kesian Ayah” – Gadis Ini Kongsi Kepayahan Bergelar Pemandu Lori

Semoga kisah ini bermanfaat untuk semua yang membacanya.

Ayah aku seorang pemandu lori. Berpuluh2 tahun dah ayah aku kerja sebagai pemandu lori. Kalau sebut jee pemandu lori orang mesti ingat “Wahh, gaji mahal boleh cecah 5 ke 6K sebulan” Tapi tak semua orang tahu apa yg dilalui sebagai seorang pemandu lori setiap hari.

Yes, kerja sebagai seorang pemandu lori tersangat sangatlah berisiko tinggi. Sebab apa, sebab mereka bekerja di atas jalan raya tidak kira waktu subuh pagi petang siang malam.

Yg bukan hanya melibatkan nyawa sendiri, malah juga melibatkan ramai nyawa yg berada di atas jalan raya. Di mana orang lain seronok seronok tidur sedangkan mereka pemandu lori ‘melawan mata’ menahan mengantuk demi mengejar rezeki yg mereka dapat.

Aku nak ceritakan kisah aku sebagai anak seorang pemandu lori. Dulu waktu aku kecik umur 11-12tahun aku pernah ikut ayah aku bekerja naik lori. Masa tue ayah kena kerja hantar barang machine naik lori pergi Penang. Yelaa masa tue budak2 lagi, ikut ayah sebab nakkan merasa keseronokan naik lori.

Wahhh konon bangga naik lori time budak2. Seronok tengok laut, yelaa sbb lori kann tinggi. Duduk dalam lori boleh nampak semua yg ada sekeliling kita. Kalau tak silap aku itu yg pertama dan terakhir aku ikut ayah aku kerja naik lori. Yelaa, nak ikut selalu pun tak boleh sebab memang berisiko tinggi in case jadi apa2 kan.
Masa dekat Penang tue ayah siap bawak jalan2 lg naik kepala lori ronda Penang. Siap dapat makan tepi pantai lagi. Itu memamg kenangan masa kecik aku yg xdapat aku lupakan

Sekian lamanya, semalam 13/9/17 pukul 8.30 malam. Ayah aku ada dpt trip kerja hantar machine lori ke Kuala Terengganu. Dan disebabkan aku pun takde kerja, aku saja2 cakap dgn ayah aku.

“Ayah, ela nak ikot boleh”

Dannn! Jawapan yg keluar dari mulut ayah aku..

“Nak ikut siaplah”.

Aku pun apa lagi. Excited tue taklah excited sgt, sbb dah lama tak merasa naik lori. Aku pun ikutlah.

Yelaa dulu ikut masa umur 11-12 tahun, skrg nie umur aku pun dh 24tahun. Malam tue pukul 8.30 malam kitorang gerak dari Puchong kee Kuala Terengganu. Aku pun beria bawak bantal kecik, siap sweater. Sebab aku tahu lori ayah aku mmg sejuk. So aku bawak jelaa duduk bersila kemain peluk bantal duduk dekat sebelah ayah aku. Jarak tempat duduk aku dengan ayah aku ada laa dlm semeter jaraknya.

Sepanjang perjalanan dari Puchong tue, aku tetiba rasa sebak. Seolah2 aku memikirkan sesuatu yg membuatkan hati aku rasa sayu sedih dlm hati bila tengok ayah aku bawak lori. Sambil aku cakap dalam hati.

“Ouhh, macam nie rupanya ayah aku kerja dari dulu sampai skrg nak membesarkan anak2 dia hingga berjaya masuk universiti”

“Macam nie rupanya ayah aku bekerja siang malam demi sesuap nasi utk anak isteri”

“Macam nie jugaklah ayah aku bekerja bagi duit belanja anak2 dia masa study”

Hati aku jadi sedih. Aku tersenyum dalam kesedihan sambil memerhati ayah aku yg tengah drive lori. Sepanjang aku dalam lori aku dpt tengok semua yg jadi atas jalan raya. Di mana ada pengguna jalan raya yg mementingkan diri sendiri masuk simpang last minit, tak bagi signal, main phone sambil drive, potong kenderaan lain main potong jee tak tengok kenderaan lain. Macam2 kerenah laa senang cerita.

Balik pada ayah aku, aku ikut ayah aku bukan sekadar ikut. Mama dah pesan siap2, perhatikan ayah drive, tengokkan ayah kalau2 dia mengantuk kee apa kee. Means memang aku sekalipun kena menahan mata untuk jaga ayah aku.

Sebab before nie kalau ayah dapat trip jauh mama yg selalu temankan ayah. But malam nie mama kasi chance dkt aku ikut ayah. Sebelum bertolak tue aku memang dah siap2 beli awal jajan, keropok buah air apa semua dekat shell. Bukan apa, untuk menghilangkan mengantuk.

Dalam pukul 10 malam mcm tue kitorang baru sampai Karak-Bentong. Dia punya seksa naik bukit ya Allah, slow ya amat. Aku cakap dengan ayah aku mcm nie

“Ayah, tabah betul ehh bawak lori.Naik bukit mcm siput yg sdg menuju ke garisan penamat”

Ayah aku gelak then dia ckp

“Haaaa, baru tahu ayah kerja mcm mana” Aku terdiam.

Terdiam seribu bahasa sambil menanti melepaskan naik bukit. Gila! Aku rasa kalau aku berlari lagi laju. Dpt byangkan tak dia punya slow mcm mana masa nak naik bukit tu.

Sepanjang naik bukit tue ayah cakap..

“Time nie laa nak hisap rokok, check phone”

Yelaa, mana tak nya. Slow habis. Jogging pun aku rasa laju. Yelaaa, lagipun ayah bawak barang machine dah 50tan. 50tan lebih kurang 50000kg. HAAAA berat tak berat.
Sepanjang perjalanan tue aku cuba bersembang dengan ayah aku tanya itu ini bercerita. Bukan apa, untuk pastikan yg dia tak mengantuk. At least ada laa kawan dia nak bersembang, kannn.

Sampai jee Bentong tue, aku tengok ayah aku dah mula mengantuk. Macam mana aku tahu? Haaa, ayah aku kalau dia mengantuk senang jee nak detect. Kaki dia dua2 peha tue akan goyang. Dia akan goyang2 kann dua2 peha kaki dia tue.

Aku tegurlah laa ayah aku “Ayah, kalau mengantuk berhenti laa dulu tidur sejam dua” Ayah aku taknak. Dia berkeras cakap mcm nie “Ayah bkn mengantuk, ayah melayan mata” LOL!! Sama jelaaa tu. Aku dah risau dah tengok ayah aku. Aku bg makanan yg ada tue dekat dia bg dia makan.

Alhamdulillah ok sikit. Tapi lepas jee Bentong dekat2 Maran tue aku tengok ayah aku dah goyangkan balik kaki peha dia dua2 tue. Makin laju pulak tue dia goyangkan.

Sumber: Says & Nabilla Salman/Facebook via celotehsaje.com