Laporan palsu dicek!k Papagomo, Syed Saddiq boleh kehilangan kelayakan Ahli Parlimen

Pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam masa terdekat.

Wan Muhammad Azri berkata, saman tersebut akan dibuat selepas Syed Saddiq mendakwa beliau dicekik pada bahagian leher oleh seorang individu dan diserang semasa menghadiri proses penamaan calon di Semenyih semalam.

Selain itu katanya, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Muar itu kerana didakwa memberi keterangan serta membuat laporan palsu.

“Syed Saddiq kata di cekak. Tapi kita ada video dan bukti. Lagi pun fikir secara logik. Jika benar saya buat kesalahan, mengapa tidak tangkap saya terus ketika insiden sedangkan polis ramai ketika itu.

“Saya hanya datang kepada beliau dan cakap ‘Kau ni bodoh’ sambil memeluk bahunya kerana saya tidak mahu apa-apa insiden tidak diingini berlaku. Itu sahaja,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq didapati telah membuat satu laporan palsu berhubung dirinya dicekak oleh Papagomo di satu insiden provokasi ketika penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) di Semenyih tengah hari semalam.

Semunya terbongkar apabila satu video berdurasi 2 minit yang telah disunting untuk melihat dengan lebih jelas insiden itu menjadi tular.

Video yang dirakam oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd Zohd, dengan jelas menunjukkan Syed Saddiq sedang diiringi oleh pihak berkuasa untuk meninggalkan kawasan yang dikhaskan untuk penyokong Barisan Nasional (BN).

Di dalam video itu juga Papagomo dilihat berlari menuju ke arah Syed Saddiq dari arah belakang lalu meletakkan tangan kirinya di atas bahu Ahli Parlimen Muar itu.

Namun tiada aksi mencekik atau mencekak yang dirakamkan ketika itu.

Tiada saksi yang melihat adegan cekik-mencekik atau cekak-mencekak berlaku ketika itu yang mana Syed Saddiq juga diiringi oleh pihak polis yang tidak buta yang sentiasa menjaga keselamatannya.

Undang-undang memperuntukkan bahawa seseorang yang membuat laporan palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Laporan palsu dicek!k Papagomo, Syed Saddiq boleh kehilangan kelayakan Ahli Parlimen

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 48 menyatakan seseorang boleh hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen jika dia disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.

Di dalam video rakaman itu telah menunjukkan bahawa Syed Saddiq melakukan pembohongan dan sudah tentu laporan polis yang dibuat dikategorikan sebagai laporan palsu.

Diharap kepada saudara Papagomo dan saksi-saksi yang lain dapat tampil bersama bukti video ini membuat laporan polis ke atas Syed Saddiq di atas laporan palsu itu.

Makanya di sini, rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi satu lagi PRK di Muar memandangkan Syed Saddiq akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen tidak lama lagi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Semenyih me­nyaksikan saingan empat penjuru iaitu membabitkan tiga calon mewakili parti dan seorang calon Bebas.

Pakatan Harapan (PH) mencalonkan jurutera muda yang juga merupakan Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Langat, Muhammad Aiman Zainali bagi mempertahankan kerusi tersebut yang dimenangi mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Barisan Nasional (BN) pula mempertaruhkan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Sesapan Kelubi, Zakaria Hanafi, sebagai calon mereka manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencalonkan Ahli Jawatankuasa Pemuda Pusat parti itu, Nik Aziz Afiq Abdul.

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang pula bertanding atas tiket Bebas.

Senarai rasmi calon yang bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar di Pusat Penamaan Calon PRK Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian di sini hari ini.

Keempat-empat pencalonan tersebut diterima selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi.

PRK DUN Semenyih diadakan selepas wakil rakyatnya, Bakhtiar Mohd. Noor, 57, me­ninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Seramai 54,503 pemilih la­yak untuk mengundi bagi PRK Semenyih mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu.

PRK DUN Semenyih merupakan PRK keenam diadakan selepas PRU-14 yang berlangsung tahun lalu. Lima PRK terdahulu melibatkan DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong serta di Parlimen Port Dickson dan Cameron Higlands.

Sumber dari AbuLeman via theklasik.com