Kumpulan samun bermotosikal diburu, Ini tindakan khas yang akan pihak Polis gunakan

Artikel berkenaan video ragut boleh baca di sini : ‘Kalau lambat satu saat…’ – Bapa nyaris ditetak penyamun di depan pintu rumah

Sebuah keluarga di Bukit Kuchai, Serdang berdepan detik cemas selepas kediaman mereka didatangi beberapa lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang dalam satu kejadian pada Khamis.

Melalui tiga rakaman video visual kamera litar tertutup (CCTV) di rumah kediaman, kelihatan seorang lelaki bergegas lari masuk ke dalam rumah sebaik dikejar oleh beberapa lelaki yang memaki topi keledar dengan bersenjatakan parang.

Kata Hazran, bapanya keluar rumah untuk memarkir semula kenderaannya yang berada di pekarangan tempat letak kereta.

Pada masa sama, suspek dilihat melalui kawasan rumahnya dan pada masa sama, pintu pagar rumah berada dalam keadaan terbuka.

Hazran dilihat menerima banyak komen berhubung kejadian yang menimpa keluarganya dan rata-rata melahirkan rasa geram dan marah dengan apa yang berlaku.

Dalam salah satu posting di Twitter, Hazran memberitahu, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, polis sudah mengenalpasti semua suspek yang terlibat dan kumpulan itu dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.

“Kumpulan lelaki bermotosikal itu terdiri daripada enam hingga tujuh orang menggunakan empat buah motosikal.

“Bagaimanapun, suspek gagal memecah masuk ke rumah suspek dengan menggunakan parang panjang, tetapi sempat memecahkan kereta mangsa yang diletakkan di luar kawasan rumah,” katanya kepada Astro AWANI.

Menurut Ismadi, pihak polis giat mengenal pasti pergerakan suspek.

Tambahnya, kumpulan tersebut juga didakwa adalah suspek sama dalam kejadian cubaan samun di sekitar Klang, Puchong dan Kajang sebelum ini.

Pasukan khas ditubuh kesan kumpulan samun bermotosikal
KLANG 22 Feb. – Polis Klang Selatan telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan sekumpulan lelaki yang melakukan kegiatan samun bersenjatakan parang di sekitar daerah ini dan kawasan Lembah Klang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian awal berlaku di sekitar daerah ini apabila kumpulan bermotosikal terbabit telah melakukan samun sekitar pukul 3 hingga 4 petang.

Katanya, kumpulan terbabit menggunakan modus operandi dengan bergerak secara berkumpulan menaiki

motosikal dan menyerang mangsa yang berseorangan di kawasan rumah dengan bersenjatakan parang dan meminta mangsa menyerahkan barangan berharga.

“Dalam dua kejadian semalam, dua laporan polis telah kita diterima dan jumlah kerugian yang dialami mangsa dianggarkan bernilai RM15,000. Oleh demikian, dua kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat dibawah seksyen 395/397 Kanun keseksaan.

“Kita dimaklumkan, kejadian yang sama juga dilaporkan berlaku dibeberapa kawasan di Lembah Klang dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama. Kita telah menubuhkan satu pasukan khas (Task Force) bagi mengesan dan menangkap penjenayah yang terlibat dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shamsul Amar berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan bantuan bagi mengesan penjenayah terbabit dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan

di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN ONLINE

VIDEO: Geng samun berparang di daerah Serdang disyaki mempunyai kaitan dengan samun di Klang. Mereka sekarang giat diburu oleh polis, harapnya jumpa tidak lama lagi.

Sumber : ujyaalodainik.com