Kegunaan Gel Silika Ramai Tak Tahu. Jangan Buang Banyak Manfaatnya

Pasti ramai yang biasa temui gel silikon atau gel silika ini yang boleh didapati dalam berbagai jenis bungkusan yang dibeli seperti kasut, barang peralatan dan sebagainya. Biasanya, bungkusan kecil ini pasti akan dibuang ke dalam tong sampah, tapi tahukah anda kegunaan silikon gel ini dan apakah fungsinya yang sebenar? Mungkin ramai yang belum tahu tentang ini.

penggunaan gel silikon

Gel Silika juga dipanggil sebagai Gel Silikon (Silica Gel).

Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan yang terdapat dalam gel silika ini juga berfungsi sebagai bahan yang boleh dapat mengurangkan kadar kelembapan. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda tidak membuang paket gel silikon ini yang terdapat di dalam kotak peralatan, kotak kasut, beg baru, botol ubat vitamin dan banyak lagi yang dapat dilihat dengan adanya silikon gel ini.

Kebaikan dan Kegunaan Gel Silika (Silikon Gel)

kelebihan hablur gel silika

Gel Silika mempunyai banyak fungsi yang dapat membantu kita.

1. Gel silika ini digunakan sebagai cara menghilangkan bau hapak yang terdapat di dalam beg gym anda dan juga rak kasut anda.

2. Cara selamatkan telefon pintar yang terjatuh ke dalam air atau terendam, anda boleh letakkan telefon di dalam bekas yang mempunyai banyak gel silikon seperti ini untuk mengeringkan air yang terdapat dalam telefon tersebut.

3. Meletakkan paket gel silikon di dalam kotak yang terdapat gambar-gambar lama boleh mengelakkan gambar-gambar tersebut dari melekat-lekat.

4. Simpan pisau cukur anda bersama paket gel silikon kerana ia boleh mengelakkan pisau cukur tersebut dari cepat berkarat dan tumpul.

5. Sekiranya bedak asas anda menjadi keras atau pun kandungannya tak macam anda beli mula-mula dulu, apa kata letakkan satu bungkus gel silikon atau lebih di dalam beg make-up anda. Tips ini pasti membantu!

Sebenarnya masih banyak lagi kegunaan silikon gel ini dalam kehidupan manusia yang boleh dipraktikkan, namun tips atas di atas adalah antara kebaikan dan cara yang terbaik serta berkesan dengan menggunakan silikon gel ini sebagai penyelamat untuk barang-barang anda.

Fungsi Gel Silika

6 Manfaat Silikon Gel

Tips Supaya Gel Silikon Boleh Digunakan Semula

Semoga perkongsian tips dan cara di atas berkaitan dengan gel silika dapat membantu menyelesaikan masalah anda yang sedang anda hadapi itu. Mulai sekarang jangan membuang gel silikon sekiranya anda menemuinya dalam setiap pembelian barangan.

Sumber: Sajakongsi via mediamaklumat.com