K3jam! Setelah hampir 11 hari hilang,m4yat adik Siti Masyitah ditemui dengan keadaan trag!s dan organ dalamannya hilang dipercayai dikeluarkan

K3JAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat disimpulkan ke atas penemuan m4yat kanak-kanak perempuan, Siti Masyitah Ibrahim, 11, yang ditemui dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalaman dikeluarkan dari m4yatnya.

Segalanya bermula apabila ma4yat kanak-kanak malang itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam, selepas m4ngsa dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.

Status ibu m4ngsa

Menurut ibu m4ngsa, Zaleha Abdullah, 35, dia dimaklumkan berhubung penemuan anaknya selepas waktu Asar sebelum dia dan suami Ibrahim Ali, 39, bergegas ke lokasi kejadian.

“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain m4yatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

“Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” katanya kepada Harian Metro di Pekan, hari ini.

M4yat m4ngsa ketika dijumpai

Zaleha berkata, dia mengecam m4ngsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.

Menceritakan detik anaknya hilang, Zaleha berkata, dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera.

“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini,” katanya.

Gambar Siti Masyitah

Zaleha menyifatkan Siti Masyitah yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu sebagai anak yang periang dan ceria.

“Mengapa mereka (pembuunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kej4m kepada anak saya, apa dosanya?” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Mohd Rosli Mat Rasat, 38, berkata, dia antara yang terawal tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan rakannya berhubung penemuan m4yat Siti Masyitah.

Katanya, kejadian pembunuuhan k3jam itu adalah yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun lalu.

“Semasa dia hilang saya dan rakan-rakan mencarinya di seluruh pelusuk kampung termasuk di kawasan m4yatnya di temui. Saya rasa dia dibuunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan ini,” katanya.

Mohd Rosli berkata, Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tiba ke lokasi kejadian pada 8 malam sebelum m4yatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, ketika dihubungi mengesahkan penemuan m4ayat itu.

Sumber Harian Metro Online via menujukebenaran.com

#Inforoadblock