‘Jangan Cabut Pisau’ – Ahli Perubatan Kongsi Rawatan Awal Jika Tertusuk Objek Tajam, Elak Risik0 Kem4tian

Malang tidak berbau, seorang kanak-kanak dua tahun maut selepas tertusuk sebilah pisau di perut. Ketika kejadian, mangsa berlari ke arah nenek untuk meminta susu sebelum terjatuh ke atas pinggan yang mempunyai pisau.

media sosial, beberapa individu tampil menerangkan cara yang perlu diambil jika berlakunya perkara sebegini.

Jangan sesekali cabut pisau

Jangan panik

Benar, aj4l mavt itu di tangan Tuhan. Tapi kita disuruh berikhtiar menggunakan ilmu yang ada.

Berita ini benar-benar mencarik hati saya. Saya ada anak perempuan yang sebaya dengan mangsa. Mari kita tengok apa yang boleh kita ambil .

Kes ini, seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun mavt apabila pisau sepanjang 15cm tertusuk perutnya, masuk rapat hingga ke hulu pisau.

Mngsa berlari dan terpijak pinggan yang ada pisau di dalamnya, lalu terjatuh meniarap ke atas pisau. Neneknya yang panik terus MENCABUT pisau itu.

Saya faham keadaan cemas begitu, kadang-kadang kita boleh buat apa sahaja tanpa berfikir dahulu. Panik.

Ini isunya. Dalam perubatan kecemasan, apabila seseorang itu mendapat luka tusukan dan objek itu masih tertusuk, JANGAN sesekali cabut.

Dalam kes ini, dikatakan tertusuk ke perut. Kita tak tahu pisau tu dah t1kam organ apa di dalam. Mungkin dah kena limpa, mungkin kena kidney dan yang paling ditakutkan kalau terkena Abdominal Aorta (salur d4rah bernadi yang paling besar dalam badan).

Aorta ni kalau terluka sikit memang memancut d4rah keluar tak berhenti sampai la darah habis.

Kadang-kadang, walaupun dit1kam, tapi perdarahan dalaman masih perlahan kerana objek itu menyekat perd4rahan dari luka. Selagi objek itu tidak ditarik keluar, selagi itu perd4rahan masih perlahan.

Kebiasannya, jika pesakit sampai ke hospital dalam keadaan ada objek tertusuk, doktor akan scan dan tengok keterukan tusukan itu. Akan nilai risiko untuk cabut keluar.

Hampir semua kes tusukan di abdomen begini dicabut di dewan bedah, tempat di mana perdar4han akan dikawal secara direct selepas objek itu dicabut.

Ingat, kalau dit1kam atau tertusuk, jangan panik, jangan menjerit, jangan meneran dan yang paling penting JANGAN CABUT. Kurangkan pergerakan dan minta bantuan. InsyaAllah anda akan selamat. Jadikan pedoman.

Salam takzi4h buat keluarga m4ngsa.

Sementara itu jururawat, Bel Nawhen turut memberi penjelasan mengenai rawatan awal untuk elak risiko kematian yang boleh diambil mngsa atau orang sekeliling.

Tidak tahu tahap kecederaan

Rawatan awal elak ris1ko kem4tian

Sumber : Muhsin Zaidi , Bel Nawhen