Isteri Tentera Ini Buat Kejutan Harijadi Untuk Suami Dia Yang Sedang Dalam Latihan Tentera. Apa Terjadi Selepas Itu Buat Semua Rakan Tentera Dia Tepuk Tangan

Bagi seorang lelaki terutama yang sudah menjadi seorang suami atau ayah. Mencari rezeki adalah tanggungjawab utama untuk menjaga keluarga dia.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Tetapi tanggungjawab kepada negara pun kadang kadang harus dipenuhi. Bagi isteri dan anak anak, sekiranya suami atau ayah mereka tidak dapat pulang ke rumah kerana keluar mencari rezeki, mereka seharusnya bersabar dan hanya menanti kepulangan wira mereka.

ASKAR THAILAND TERIMA KEJUTAN HARIJADI

Satu video menjadi tular di media sosial awal tahun ini menunjukkan bagaimana seorang isteri membuat kejutan pada harijadi suaminya.

Suaminya sedang menjalani latihan ketenteraan di Thailand dan dia memang tidak tahu akan kedatangan isteri dan rakan rakan dia ke kem askar tersebut.

Kek hari jadi dibawa dengan cermat dan di bawa ke tapak latihan tentera. Kebetulan suaminya berada betul betul di tengah barisan.

Kejutan ini dirancang oleh isteri askar ini sendiri dan semua orang tahu akan kejutan ini kecuali suami itu sendiri.

Disaat arahan berkawad diberikan dan semua askar diarahkan pusing ke belakang, alangkah terkejutnya suami ini bila dia pusing sahaja benda pertama dia nampak adalah wajah isteri dia yang telah lama dia tidak lihat.

Disertakan sekali dengan kek harijadi. Sudah semestinya airmata kegembiraan tidak dapat ditahan. Seluruh rakan rakan tentera dia turut menyanyikan lagu harijadi dan memberikan tepukan yang gemuruh.

Komen netizen rata rata memuji sikap isteri tentera tersebut kerana berjaya memberikan kejutan hari jadi yang pasti tidak akan dapat dilupakan.

Video tersebut menjadi tular dan telah ditonton sebanyak 7.2 juta dan perkongsian yang menakjubkan iaitu sebanyak 55,149 perkongsian di media sosial facebook.

Sila Lihat Video Penuh Di Bawah.

Sumber: KL VIRAL