Geng bikers Singapura tutup nombor plat akhirnya dicekup polis

Sebelum ini tersebar video penunggang motosikal (bikers) warga Singapura dirakam menutup nombor pendaftaran (plat) kenderaan mereka disyaki bagi mengelak kamera AES sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Video rakaman itu tular selepas kerajaan Singapura mengumumkan sebanyak 400,000 saman-saman terkumpul berjumlah S$32 juta (RM96 juta) belum dibayar oleh penunggang motosikal asing yang memasuki republik itu.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Rakaman kejadian berkenaan menerima lebih 112,000 tontonan di media sosial selepas dikongsi oleh halaman facebook ROAD.sg

Geng bikers Singapura tutup nombor plat akhirnya dicekup polis

“Berhubung kiriman sebelum ini tentang penunggang motosikal rakyat Malaysia tidak membayar saman mereka,”

“Kita penunggang motosikal Singapore menggunakan jalan Malaysia juga bukankah malaikat. Di sini kita lihat sekumpulan bikers menutup nombor pendaftaran mungkin untuk mengelakkan AES (sistem penguatkuasaan automatik) untuk saman laju,”

“Berlaku sepanjang lebuh raya Plus selatan ke utara, Malaysia,” tulis laman itu.

Kemudia seorang lelaki pula memuatnaik beberapa gambar tambahan ekoran kejadian itu. Dakwanya dia terserempak dengan kumpulan bikers berkenaan di Lebuhraya PLUS sebelum mengambil keputusan untuk mengekori mereka.

Berdasarkan papan tanda dalam gambar berkenaan (tulisan Selamat datang ke Melaka), gambar kejadian dipercayai diambil di kawasan Lebuhraya PLUS sekitar Negeri Melaka.

Geng bikers Singapura tutup nombor plat akhirnya dicekup polis

Sahabat pembaca ini turut mempersoalkan apakah tujuan kumpulan bikers berkenaan dilihat sengaja menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka.

Kalau kita lihat berdasarkan gambar-gambar ini, nampaknya seperti sudah menjadi ‘trend’ atau amalan penunggang motosikal Singapura untuk menutup nombor plat sepanjang berada di negara ini.

Maka pihak berkuasa diminta mengambil tindakan terhadap individu-individu seperti ini.

DIFAHAMKAN pihak polis telah menahan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi (bikers) warga Singapura yang dilihat sengaja menutup nombor pendaftaran (plat) kenderaan mereka disyaki untuk mengelak daripada disaman kerana menunggang laju.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan pemilik-pemilik beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi dengan nombor-nombor plat yang sengaja ditutup telah disaman oleh dua anggota polis menaiki sebuah kereta peronda.

Geng bikers Singapura tutup nombor plat akhirnya dicekup polis

Gambar dokumen perjalanan (passport) yang turut tersebar, menunjukkan memang benar mereka adalah rakyat Singapura.

Geng bikers Singapura tutup nombor plat akhirnya dicekup polis

Kesemua mereka kemudian dilihat segera menjelaskan bayaran saman yang dikenakan terhadap mereka, di sebuah kaunter bayaran saman.

Geng bikers Singapura tutup nombor plat akhirnya dicekup polis

Berdasarkan mesin pengimbas yang digunakan oleh pihak polis, cuba lihat berapa laju mereka memecut di lebuhraya 253km/j

Geng bikers Singapura tutup nombor plat akhirnya dicekup polis

Sebelum ini tersebar rakaman video, menunjukkan bagaimana sekumpulan bikers dipercayai dari Singapura dilihat menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka disyaki bagi mengelakan saman laju ketika berada di negara ini.

Sumber dari MiloSuam via theklasik.com