“Yun Peng, kau naik juga akhirnya tapi tak macam biasa,” – Suasana pilu iringan operasi menaikkan kereta m4ngsa.

SELEPAS tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), kenderaan utitiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih yang terbenam dalam laut di tiang 34 Jambatan Pulau Pinang berjaya dinaikkan, hari ini.

Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama m4ngsa, Muey Yun Peng, 20 tahun yang masih berada di tempat duduk pemandu.

Usaha menaikkan kenderaan itu terpaksa mengambil masa lebih 24 jam selepas dijumpai pada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang kira-kira 4 petang Isnin.

“Yun Peng, kau naik juga akhirnya tapi tak macam biasa,” - Suasana pilu iringan operasi menaikkan kereta m4ngsa.

Kenderaan itu berjaya dinaikkan pada percubaan kali kedua selepas percubaan kali pertama jam 5 petang gagal akibat tali tercabut dari cangkuk.

Operasi SAR untuk menaikkan kenderaan itu bermula kira-kira pukul 7 pagi tadi, namun terpaksa ditanguhkan pada sebelah petang akibat arus air laut yang deras selain faktor penglihatan penyelam pada paras sifar.

Pengarah Koordinasi SAR, Laksamana Pertama Maritim, Rozali Mohd. Said dalam sidang media terdahulu berkata, operasi disambung selepas jam 3 petang kerana mengikut jadual pasang surut air laut menunjukkan pada masa tersebut adalah ‘slack water’ atau air tenang.

“Yun Peng, kau naik juga akhirnya tapi tak macam biasa,” - Suasana pilu iringan operasi menaikkan kereta m4ngsa.

Bagaimanapun, usaha gigih pasukan penyelam yang menyambung kembali tali kira-kira 30 minit kemudian membolehkan ia ditarik kren.

Orang ramai yang berada di atas jambatan turut bersorak gembira sejurus melihat Mazda CX-5 itu dinaikkan.

Seramai 40 penyelam dari empat agensi memulakan penyelaman hari ini untuk memasang kabel pada sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut selepas satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, para penyelam itu terdiri daripada Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Maritim Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“ Dua orang penyelam akan membuat penyelaman selama 20 minit sebelum digantikan dengan penyelam-penyelam lain selepas itu dalam operasi ini,” katanya di lokasi kejadian di Kilometer 4.0, Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, hari ini.

“Yun Peng, kau naik juga akhirnya tapi tak macam biasa,” - Suasana pilu iringan operasi menaikkan kereta m4ngsa.

Kerja-kerja mengeluarkan may4t m4ngsa dilakukan pasukan penyelamat di atas Jambatan Pulau Pinang sejurus kenderaan itu berjaya diangkat.

Katanya pasukan operasi yang menjumpai SUV jenis Mazda CX-5 berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam berdekatan tiang 34 jambatan itu menghadapi masalah untuk memasang kabel pada kenderaan itu dalam keadaan penglihatan bawah air yang terhad dan arus kuat.

“ Inilah yang menyebabkan kabel berkenaan terlepas sebanyak empat kali sebelum kami mengambil keputusan menangguhkan operasi semalam berikutan cuaca semakin gelap,” katanya.

Sebelum ini, Rosman berkata operasi hari ini berkemungkinan lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama kerana pasukan penyelamat telah berjaya mengesan kedudukan SUV berkenaan yang berada 15 meter dari lokasi ia terhumban ke dalam laut dengan kedalaman kira-kira 15 meter.

” Cuma semalam pasukan penyelamat menghadapi beberapa kesukaran kerana keadaan arus yang kuat dan jarak penglihatan di dasar laut terhad berikutan hari semakin gelap, kami harap hari ini semua (usaha mengangkat keluar kenderaan) berjalan lancar,” katanya.

“Yun Peng, kau naik juga akhirnya tapi tak macam biasa,” - Suasana pilu iringan operasi menaikkan kereta m4ngsa.

May4t m4ngsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut pada jam 6.36 petang dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

Atas sebab menjaga perasaan dan sensitiviti waris m4ngsa, Astro AWANI tidak dapat menayangkan imej pemandu berkenaan.

Kereta Mazda CX-5 itu dikatakan telah dipandu oleh Moey Yun Peng, 20, seorang penuntut kolej swasta di sini yang gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terhumban ke laut setelah berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios di jambatan berkenaan.

Sementara itu, pemandu Toyota Vios yang berumur 21 tahun dikenal pasti sebagai seorang pekerja salon rambut mengalami kecederaan dan kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini.
Sesuatu Terjadi Yang Sukarkan Pasukan SAR..
Mohd Farid yang juga penyelam pertama menemui kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terhumban dalam laut itu berkongsi pengalamannya, berkata dia menggunakan gerak hati ketika mengesan SUV terbabit.

“ Sebaik turun dalam laut, memang tidak nampak apa-apa namun bila saya dekatkan mata baru nampak yang ia sebuah kereta.

“ Pencarian itu juga dilakukan berdasarkan video yang tular dan kerana sudah lama buat kerja macam ni, saya turut menggunakan gerak hati,” katanya yang sudah berpengalaman 11 tahun menjadi penyelam.

Menurutnya, dia melihat tayar kiri kenderaan itu terbenam dalam pasir dengan keadaan but terbuka selain tayar kanan belakang terkeluar.

“ Selepas itu, saya terus membuat ‘marking float’ dan naik semula ke atas untuk berbincang bagaimana cara membawa naik kenderaan itu.

“Selepas persetujuan dicapai oleh semua agensi, jadi kita bersetuju menaikkan kenderaan terbabit menggunakan kren,” katanya.

Lihat video di bawah :


Polis kenal pasti pemandu kenderaan terjunam ke dalam laut
Polis telah mengenal pasti identiti pemandu kereta yang terjatuh ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang pada Ahad.

Menurut polis, m4ngsa, telah dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20 tahun, seorang pelajar kolej swasta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pengesahan dibuat oleh pemillik kereta yang juga bapa kepada pemandu kenderaan jenis SUV Mazda CX-5 itu selepas tampil membuat laporan polis pada jam 5 petang Ahad.

Lelaki berusia 63 tahun itu membuat laporan polis selepas anak lelakinya yang memandu kereta jenis sama tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth.
Berdasarkan maklumat dari rakan anaknya, kemungkinan anaknya terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sebelum terjunam ke dalam laut.

Nik Ros Azhan berkata sehingga kini pihak polis sudah merakam percakapan seramai tiga saksi bebas dan dua rakan mangsa bagi membantu siasatan berhubung kemalangan berkenaan.

Menurut rakan mangsa, mereka dalam perjalanan pulang dari menyambut hari lahir rakan mereka di George Town.

Sementara itu, seorang saksi bebas yang melihat kejadian tersebut telah memberikan kerjasama dan berkongsi video ‘dash cam’ kereta miliknya kepada polis.

Nik Ros Azhan berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi Ahad sebuah kereta berwarna putih terjatuh ke dalam laut selepas terlibat dengan kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 4.0 di Jambatan Pulau Pinang.

Pemandu kereta Toyota Vios berusia 21 tahun cedera dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Jom Lihat apa Kata Netizen :

Ngape tak sediakan bot tunda yg ada pelantar.. boleh lah tunda kereta tu ke tepi dari nak dibawa naik susah.

Yg komen tu cuba ko ambik tugas wartawan. Blh buat x? .. main nk pedas je komen tu. Gna otak skit cik kak dgn encik abg ooi..

cuba jangan goyang2 ka sama pemandu vios hitam juga goyang dok diam boleh tk….

Deep condolences for the family . Thniah utk yg terlibat

“ SELAIN bantuan alat pengesan, saya juga menggunakan gerak hati ketika menyelam bagi mencari kenderaan itu,” kata penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong, Laskar Kanan Mohd Farid Nordin.

Sumber dari Sinar Harian via theklasik.com