Terkini YDP Agong ke 16 Telah Diumumkan. Daulat Tuanku

Penantian rakyat Malaysia untuk mengetahui siapa Agong Malaysia yang ke 16 akhirnha terjawab.

Undian Majlis Raja Raja untuk memilih YDPA yang ke 16 diadakan pagi tadi.

Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara itu berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lepas, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah institusi beraja di negara ini.

Pagi tadi, Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun.

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Mengikut pengundian majoriti, Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Buillah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Sultan Perak Sultan Nazri sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber Artikel: Siakap Keli

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku..