” Tak nak ikut cara aku , ko berambus”. – Saat bpantang ,mertua paksa sapu vicks dan air limau ditempat jahitan, hanya dibagi makan maggi kari cup

Kisah dibawah dipetik dari sebuah laman page yg tular baru-baru ni. Menceritakan nasib wanita yang dalam berpantang dilayan sebegitu rupa oleh mak mertuanya.

Ikuti luahan nya dibawah.

Saya dalam dilema sekarang ni. Saya tahu keluarga mertua memang tak suka kan saya. Masalah nya ex suami cerita fitnah macam2 pasal saya.. Dia rapat dengan mertua. Jadi dengan dengar sebelah pihak jer saya terus dibenci.

Ok lah saya taknak cerita pasal tu sekarang ni. Saya cuma nak minta pendapat semua. Saya baru bersalin anak ke dua 10 hari lepas. Suami hantar saya berpantang rumah mertua sebab dia sibuk sangat sekarang ni. Projek dia kena tipu, so dia jarang boleh ada kat rumah..

Mak saya pulak patah tangan. Tam boleh nak jaga saya berpantang. Mertua just tolong uruskan anak saya yang sulong tu jer. Mandikan dan tidur dengan dia sebab dia suka kacau adiknya. Makan minum mandi saya, saya yang buat sendiri. Mertua suruh saya letak vicks dekat luka jahitan tu. Saya taknak sebab mesti pedih kan. Dia paksa2 saya suruh letak.. Dia cakap kalau taknak dengar cakap dia, tak boleh berpantang kt rumah dia. Saya pun tipu la cakap letak dah vicks..

Pastu dia suruh saya letak garam campur asam limau, kata nya untuk cepat tanggalkan benang jahitan tu.. Saya berkeras taknak sebab sebelum ni tak pernah dengar pun orang buat macam tu. Dia simpan baju saya dalam bag dan letak kt pintu. Katanya kalau tak turut cakap dia bila2 masa dia boleh campak bag saya keluar. Sedih sangat dia buat saya macam ni. Petang kelmarin lepas saya mandi dia buatkan air garam campur limau nipis suruh saya cuci tempat luka. Saya ambik dan masuk bilik.

Tapi saya buang air tu ikut tingkap.. Dia tanya saya dah buat ke mcm dia suruh, saya tipu dia cakap dah.. Tapi dia tahu saya tipu. Dan dia cakap esok dia sendiri yang akan cuci luka saya pakai vicks dan air limau tu. Tak tahu nak rasa apa dah sekarang ni. Pernah ke korang buat apa yang mertua saya cakap tu ? Mungkin saya yang tak tahu ada cara macam tu.. Tapi saya rasa mesti lah pedih kalau letak vicks.
________________________________________

Alhamdulillah sy skg dah ada kat umah mak. Terima kasih yg tak terhingga utk seorang hamba Allah dari group (KRT) ni sanggup dtg ambik sy kt jengka 11, beliau dr kuantan. Sy dan suami tggal kt shah alam. Sy berpantang kt rumah mertua d pahang, dan keluarga sy d kelantan. Tu yg agak susah utk sy bergerak.

Ptg tu sy bagitahu mertua yg sy nak balik kelantan. Tp dia xbagi.. Dia cakap nak balik tolong balik sorang, anak anak tinggal kt sini. Dia tahu sy xkan kemana mana tanpa anak. Sy call suami berkali kali tapi xdapat. Suami mmg selalu keluar kawasan.. Nak suruh family dtg ambik, memang merasa luka jahitan kena vicks dulu la sy. Sbb agak jauh.. Akhir nya sy cuba hubungi seorang hamba Allah ni yg ada tawarkan pertolongan utk sy dlm komen. Alhamdulillah ada respon dr beliau.. Kami berpakat malam tu dia akan ambik sy dlm pukul 3pagi, sbb masa tu semua dh tidur.. Malam tu sy dukung anak sulung yg berusia 1tahun 6bulan dan anak kedua sy 11hari . Baju bawak yg mertua sy dh siap packing dlm bag jer masa dia nak halau sy haritu.

Alhamdulillah sy ditemukan dgn insan yg sangat baik hati. Akak ni nak hantar sy balik Kelantan tp tunggu pagi kata nya. So, dia bawak sy rehat rumah dia dulu.. Masa sy kat rumah dia suami sy call. Sy cerita semua nya kt suami dan suami suruh sy tunggu kt rumah akak tu dulu sbb dia akan datang. Malam tu suami sampai, dia ambil sy terus ke rumah mertua. Dlm kereta dia x habis menangis minta maaf.

Sampai rumah mertua, ipar duai semua ada.. Bila suami tanya, mertua xmengaku. Ipar duai tuduh sy buat fitnah.. Sy terus masuk bilik dan ambik bekas vicks dan air limau yg sy sembunyi kan dr mertua. Mertua terus senyap.. Masa tu sy dah xdapat tahan airmata lg bila ingatkan apa yg mertua buat kt sy. Luka sy sgt teruk dan banyak sgt jahitan, susah utk sy berjalan.

Hari pertama hingga hari ketiga berpantang sy hanya diberi makan maggi kari cup. Hari keempat baru sy keluar beli ikan kt seberang jalan utk masak.. Xhabis dgn tu dipaksa pulak sy letak vicks dan air limau kt luka jahitan. Sy cerita semua nya depan ipar duai. Mertua hanya diam.. Ipar pulak nampak mmg xpuas hati sy cakap mak diorang mcm tu. Diorang cakap masa diorang pantang, mak diorang jaga diorang dgn baik..

Suami sy nampak terlalu sedih. Dia cakap selagi keluarga dia xboleh terima sy dgn ikhlas dia xkan balik kerumah tu lg.. Mertua terus halau kami dgn mengatakan suami anak derhaka dan xkan masuk syurga. Sy sedih memikirkan suami. Mungkin dia tersepit diantara ibu dan isteri.. Sy xnak suami sy jd anak derhaka.

Dlm perjalanan balik ke kelantan, suami cakap dia sedih bila dpt tahu mak dia bg sy makan maggi jer. Sedangkan dia dh bagi 2.5k kt mertua utk buat belanja dia, sy dan anak. Ada yg cakap kenapa x upah org jaga dlm berpantang ? Sy pun cadangkan mcm tu dulu.. Tp suami x yakin org dpt jaga sy dan baby dgn baik. Dia ingatkan bila minta tolong ahli keluarga, akan lebih selamat. Rupa² nya lagi teruk..

Skg alhamdulillah sy dh selamat berpantang kt rumah mak. Tenang emosi sy.. Terima kasih untuk warga² krt yg memberi pendapat pada post sy sebelum ni. Dan terima kasih tak terhingga untuk akak yg tolong sy haritu.. Jasa akak sy xkan lupa sampai bila bila . Inshaallah hubungan silaturahim kita xkan putus. Hanya Allah yg boleh balas jasa akak – via edisimedia