Suami dikritik tak hantar anak ke sekolah, Ini respon Ina Naim

Isteri kepada Suhaimi Saad iaitu Ina Naim meluahkan rasa sedih dan marah terhadap tanggapan segelintir netizen yang menuduh dia menjadi mangsa dan terpaksa mengikut keputusan suaminya untuk menjalani kehidupan berbeza berbanding orang lain.Ina menerusi Facebook suaminya berkata, semua keputusan yang dibuat oleh Suhaimi adalah hasil perbincangan bersama dia dan anak-anak.

“Suami saya akan bertanya pendapat saya dan anak-anak sebelum membuat sesuatu keputusan. Kita akan bermesyuarat dan mengundi jika ramai kata A maka itulah keputusannya.

“Saya ikut, kalau itu yang terbaik bagi dia, maka ia terbaik bagi saya juga. Sedangkan nak makan pun kami berbincang dulu,” ujarnya.

Bekas anggota kumpulan nasyid In Team menerima kritikan ramai apabila mendedahkan tidak menghantar anak ke sekolah sebaliknya memberi pendidikan cara sendiri kepada mereka di rumah.

Suhaimi yang sebelum ini pernah dike cam gara-gara enggan mengambil suntikan vaksin kepada anak-anak dan tidak mendapatkan ubat hos pital menjelaskan tahap pembelajaran dan kepandaian seseorang tidak bergantung kepada sekolah.

Dia menerapkan makanan dan cara perubatan sunnah.

Demi Allah saya tidak stress dan saya bahagia walaupun orang kata kami hidup zuhud, biarlah orang kata begitu daripada hidup kaya dan lupa diri. Katanya.

Ina berkata dia berasa marah dan geram dengan dakwaan segelintir netizen terhadap kehidupan yang dipilih oleh keluarga mereka.

Biarpun dalam keadaan serba kekurangan, namun mereka melalui kehidupan yang bahagia.Dalam pada itu, Ina berkata, suaminya seorang yang baik dan sentiasa mengambil berat terhadap dia dan anak-anak.

“Suhaimi suami yang baik, kalau dia jahat sudah lama dia tinggalkan saya. Ramai sahaja perempuan mesej kacau-kacau dia tapi dia kuat iman,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas isu vaksin dan tidak menghantar anak ke sekolah, Ina berkata, dia sudah meminta pendapat daripada pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.

Ina meluahkan perasaannya di siaran langsung Facebook suaminya malam Isnin.

“Kami sudah tanya profesor dan pensyarah tentang isu sekolah itu, ramai juga golongan mereka yang tidak hantar anak ke sekolah.

“Anak mereka belajar sendiri di rumah dan boleh saja sambung pengajian di Mesir selepas itu,” ujarnya. Sementara itu, Ina turut menafikan mereka membuat perkara tersebut untuk mendapatkan perhatian masyarakat bagi menjual produk.

“Ramai Datuk hubungi saya kata kami nak jual produk dan sengaja nak viral supaya senang untuk strategi marketing.”Kami tidak fikir seperti itu, demi Allah bukan sebab itu,” ujarnya.

Saya rela ia ditularkan – Suhaimi

Bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad tampil menjelaskan pendiriannya yang sebelum ini pernah menolak suntikan vaksin dan tidak menghantar anaknya ke sekolah menerusi status Facebook.

Suhaimi, 39, atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad berkata, apabila semakin ramai netizen yang datang menyerang dan menulis komen tanpa memahami situasi sebenar, maka dia berasa ia perlu dijelaskan.

“Sebelum ini, saya tidak ambil pusing pun dengan kata-kata netizen. Tetapi, apabila semakin ramai yang memberikan komen negatif tanpa kefahaman dan cerita benar, saya rasa ia perlu dijelaskan.

“Saya tidak mahu orang lain terus berdosa kerana salah anggap terhadap saya. Ia akan menjadi fit nah dan buruk sangka. Bagaimanapun, kalau sudah dijelaskan dan masih ada bertindak negatif, itu bukan lagi tanggungjawab saya,” katanya.

Suhaimi juga berkata, dia rela ditularkan dan dike cam untuk isu yang mempunyai pengajaran dan bermanfaat untuk orang lain.

“Saya faham apabila mereka ingin menulis tentang saya kerana ia ada nilai dan menarik untuk dibaca. Secara tidak langsung, pengikut di Instagram dan Facebook juga bertambah. Alhamdulillah.

“Saya rela tular andai isu berkenaan punya pengajaran dan kebaikan untuk orang ramai. Tetapi, pada masa sama, kita juga harus mendidik bertanggungjawab mendidik masyarakat agar lebih bijak dan tenang dalam menilai dan melontarkan pandangan,” katanya.

Suhaimi turut berharap supaya pihak media memilih untuk menggunakan istilah dan tajuk breita kerana ia akan mempengaruhi tanggapan awal kepada netizen sehingga beremosi dalam menilai sesuatu berita.

Dalam perkembangan lain, Suhaimi tampil dengan lagu Doa Buat Ibu hasil ciptaan sepenuhnya yang didedikasikan khas buat arwah ibunya.

Terdahulu, isu berkenaan menolak suntikan vaksin dan tidak menghantar anak ke sekolah sudah mulai mendapat perhatian dan keca man umum sejak 2016.

Suhaimi mendirikan rumahtangga dengan Ina Naim dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie El Fardie, 11, Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7, dan Nurlayla El Ghufrony, 5.

Sumber : mstar/ hmetro via world-wide24.com