Pelajar ini menetap di pondok usang, kerja menombak sawit selepas ditinggal ibu bapa

SEORANG pelajar lelaki terpaksa tinggal di sebuah pondok usang selepas ditinggal oleh kedua ibu bapanya yang masing-masing beragama Islam dan Kristian.

Menurut Cikgu Arbin yang berkongsi kisah sedih pelajar tingkatan 3 tersebut, remaja bernama Alvin Sofian itu merupakan salah seorang pelajarnya.

Pelajar ditinggal ibu bapa. Menurutnya Alvin telah ditinggalkan oleh ibu bapa. Ibunya berada di Kota Marudu manakala bapanya sudah pulang ke Filipina.

Ibunya berbangsa Murut dan beragama Islam manakala bapa berbangsa Filipina beragama Kristian.

Sejak ibu dan bapanya berpisah pada awalnya Alvin dipelihara oleh ibu, namun disebabkan ibu mempunyai penyakit dan tidak mampu menjaganya lagi, dia diserahkan kepada makciknya (kakak kepada bapanya) yang berkahwin dengan seorang tauke Cina beragama Kristian.

Alvin mengaku sebagai seorang Islam kerana ibunya beragama islam. Sejak tahun lalu Alvin berpindah ke sekolah SMK Kalabakan, dia telah diberikan sebuah pondok usang untuk berteduh.

Rumah usang

Jika mahu makan, Alvin akan pergi ke rumah suami makciknya. Bagi menampung keperluan hidup pula, dia terpaksa bekerja di sebelah pagi atau petang di ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM80 setan menombak buah sawit.

Sumber — milosuam

Asslm. Kisah menyayat hati kehidupan seorang pelajarku…

Setahun tinggal seorang diri di pondok usang. Pagi saya terjah pondok usangnya. Nama pelajar ini Alvin Sofian pelajar tingkatan 3 telah ditinggallkan ibu bapa. Ibu di kota marudu dan bapa balik ke Filipina. Ibu bangsa Murut beragama islam dan bapa berbangsa filipin beragama kristian. Sejak ibu bapa berpisah, dia dipelihara oleh ibunya. Oleh kerana ibunya ada penyakit dan tidak mampu menjaga dia diserahkan kepada makciknya (kakak bapanya) yg berkahwin dengan seorang tauke cina beragama kristian.

Dia mengaku beragama islam kerana ibunya beragama Islam katanya. Pada tahun lalu berpindah ke sekolah SMK Kalabakan dia diberikan sebuah rumah (pondok usang) untuk berteduh. Bila makan dia akan naik ke rumah suami makciknya.

Bagi menampung hidupnya dia terpaksa bekerja di sebelah pagi / petang di ladang kelapa sawit dgn pendapatan RM80 setan menombak buah. Begitulah rutin kehidupannya. Awal minggu lalu baru diketahui selepas dia diambil oleh pekerja pembersihan sekolah utk tinggal di rumahnya.

Di dalam rumah tersebut ada 3 keluarga (2 keluarga islam, 1 keluarga kristian) adik beradik. Setakat ini dia terpaksa bekerja di sebelah petang utk menyara hidupnya dan memberi sedikit wang membeli keperluan dapur kepada tuan rumah.

Sumber: facebook