“Nampak dia macam bersungguh mahu selamatkan diri sebelum nafas terakhir,”

SELEPAS tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR),  SEBUAH kereta SUV yang terhumban ke laut selepas terlibat dalam kem4langan di Jambatan Pulau Pinang akhirnya berjaya dinaikkan.

Pasukan penyelamat memulakan operasi menaikkan kenderaan itu kira-kira pukul 5.45 petang Selasa.

Kenderaan itu akhirnya berjaya dinaikkan kira-kira 20 minit kemudian menggunakan empat kabel yang dipasang pada sebuah kren.

Mayat pemandu kenderaan terbabit Moey Yun Peng turut dilihat berada dalam kenderaan yang rosak teruk itu.

Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama m4ngsa, Muey Yun Peng, 20, yang masih berada di tempat duduk pemandu.

Ketika ini, usaha mengeluarkan mayat m4ngsa sedang dilakukan pasukan penyelamat di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bed4h siasat.

Percubaan pertama menaikkan SUV tersebut petang Isnin gagal selepas satu tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut.

Penyelam kemudian turun sekali lagi dan berjaya menyangkut tali pada badan kenderaan itu.

Orang ramai berkumpul di lokasi untuk melihat operasi menaikkan kenderaan tersebut.

Orang ramai yang berada di atas jambatan turut bersorak gembira sejurus melihat Mazda CX-5 itu dinaikkan.

Kenderaan tersebut berjaya berjaya dikesan iaitu berada di tiang 34 kilometer 40 Jambatan Pulau Pinang iaitu kira-kira 30 meter dari kenderaan itu tercampak iaitu pada tiang 30, petang Isnin.

Usaha menaikkan kenderaan itu hari ini bermula kira-kira pukul 7 pagi tadi lagi dengan seramai 41 penyelam daripada empat agensi turun ke dalam laut bagi mengikat tali pada badan kenderaan itu.

Bagaimanapun, usaha itu hanya berjaya dilakukan kira-kira pukul 4 petang tadi berikutan arus di bawah laut yang agak deras selain faktor penglihatan penyelam pada paras sifar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi Ahad lalu, kenderaan itu tercampak ke dalam laut selepas dirempuh sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu secara laju dan melulu dari arah pulau ke Seberang Perai.

Netizen turut melontarkan beberapa komen simpati dan ada juga memuji tindakan bomba

“Ya boleh tengok dia cuba utk lepaskan diri. Tetapi gagal mungkin sbb dia tersekat tu yg susah keluar ditambah air laut pun dah masuk dalam kereta sehingga menyebabkan dia lemas. Kesian dia. Kesian keluarga dia”

Tarmizi Roy Berjaya juga akhirnya bila diizinkan allah,, aamiin

Ina Putera Sedih walupun berbeza agama.turut rasa kesedihan

Syafiq A Hakim Ismail Harap gambar tu di sensorkan.
Biarpun dia Cina, kita kena horm4ti si m4ti.
Diluar gambar lain, dalam gambar lain.
Salam takziah dari saya sekeluarga

Cik Yasmin Tahniah buat anggota dan jabatan yg terlibat …takziah buat ahli keluarga m4ngsa …benda ni patut jadikan pengajaran .buat kaum Cina India dan Melayu/Islam atau semua …arak punca utama kem4tian m4ngsa …dia masih muda…please kawal pengambilan arak yg berlebihan …supaya tiada m4ngsa ke 2/3/4/5 dan seterusnya.

Izzah Zainal Tak dapat bygkn situasi di saat dia bersama keretanya terhumban di laut.. Mungkin dia kena hentakkn di kepala sbb tu dia tak boleh nk buat apa2..walau lainan agama.. Turut sedih dgn kejadian tu.. Harap keluarganya tabah menghadapi dugaan ini


Ini Status terakhir mangs4 yang meruntun jiwa
Image may contain: one or more people, ocean, text and water

Atas sebab menjaga perasaan dan sensitiviti waris m4ngsa, Astro AWANI tidak dapat menayangkan imej pemandu berkenaan.

Kereta Mazda CX-5 itu dikatakan telah dipandu oleh Moey Yun Peng, 20, seorang penuntut kolej swasta di sini yang gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terhumban ke laut setelah berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios di jambatan berkenaan.

Sementara itu, pemandu Toyota Vios yang berumur 21 tahun dikenal pasti sebagai seorang pekerja salon rambut mengalami kecederaan dan kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini.

Sumber dari CelotehSaje