“Minta hati kita ni selalu jujur, mampu jangan sesekali ngaku tak mampu” – Datin Shahida

Seperti yang di janjikan Dato Aliff dan Datin Shahida official video lagu selawat akan di releasekan isnin. Baru 2jam di keluarkan di TV terlajak laris telah mencecah hampir 15K view. Sebelum ini kita hanya menangis melihat teaser lagu selawat ini. Rata rata netizen masih menangis melihat full video lagu selawat ini yang di nyanyikan Datin Shahida feat Dato Aliff. Sangat merdu suara Datin. Jom tengok video penuh di bawah

Lagu ini mereka dedikasikan khas untuk Qayyum walaupun sebelum ini Datin dan Dato merancang hanya membuatkan lagu ini suka suka untuk semua anaknya. Lirik di tulis sepenuhnya Hafiz Hamidun.

Alahai, cerita di sebalik video ini menunjukkan kisah sebenar antara Dato, Datin, Qayyum dan ibu kandung Qayyum.

Sedihnya tengok gambar ni, Allah je tahu perasaan Dato dan Datin.

Status terbaru Datin

Alhamdulillah melihat dari Entri instagram dan facebook Datin Shahida, dia dah boleh move on dan terima dengan perpisahan ini juga masih merawat hatinya. Tetapi Datin Shahida seakan akan kecewa dengan seseorang, melalui status terbarunya menyatakan ” Minta hati kita ini selalu jujur, mampu jangan sesekali menyatakan tidak mampu, tipu macam macam untuk ambil kesempatan” – Datin Shahida.

Adakah penyataan ini di tujukan kepada ibu kandung Qayyum?

di akhir luahannya ” ingatlah apa kita buat dan ambil kesempatan kat orang satu hari nanti akan berbalik kepada kita.. tak kena pada kita akan kena pada anak cucu kita.. ” – Datin Shahida

Apa apa pun, kita doa yang baik baik untuk Datin Shahida sekeluarga dan semoga Qayyum baik baik saja bersama ibu kandungnya sekarang.

Sumber : Ig Datin Shahida via world-wide24.com