Lepas bersalin Doktor Kham bisik dkt telinga, “macam mana awak saakit, macam tu la dosa awak gugur” – Wanita Ini Dedahkan Pengalaman Bersalin Di Andorra

Min begitu teruja baca review dari Pn Faraain ketika beliau bersalin di Hoss pital Andorra. Disebabkan review tentang bersalin di Andorra Women & Children Hos pital, ni sedikit review pengalaman bersalin dekat sana. Overall boleh kata macam bersalin dekat hotel (pakej bersalin ada pada gambar). Alhamdulillah berpeluang bersalin dekat hos pital Andorra walaupun sebenarnya ada hoss pital betul2 depan rumah.

Bila bagitahu doktor Khamsiah kami dari senawang, respon beliau “jauh jugak tu tapi inshaAllah kalau kita pilih ikut syariah, Allah akan permudahkan”.

Nak bersalin dekat sini sekurang-kurangnya kena 2x appoinment dengan doktor. Masa nak booking terus pilih nak bersalin dgn Founder hoss pital, Doktor Khamsiah (patient Doc Kham Ramai sikit tapi nak tunggu pun tak rasa lama sebab suasana dkt sana macam dekat spa. Tenang jee).

Saya check macam biasa dkt KK, tp check sebulan sekali dekat andorra. Ada dalam 8 kali jugak check up dekat sini. Sekali check up RM220++. Doktor baik, staff baik, kemudahan semua selesa.

Apa yang seronok bersalin disini,

Semuanya perempuan. Staff sangat sangat baik dan patuh syariah. Setiap hari ayat-ayat suci al-quran dipasangkan. Tenang sangat. Doktor sangat membantu, lagi-lagi tips-tips bersalin. Setiap kali jumpa, selalu pesan dkt saya dan suami jangan lupa setiap hari baca Surah Maryam.

Tiba 15 Januari, Check up genap 40w dengan Doktor Kham. Masih takde bukaan tapi air ketuban dah berkurang, terpaksa induce dan kena tahan ward terus. Terdiam jugak lah saya dan suami bila dgr kena induce. Doktor khamsiah siap kata “inshaAllah semoga dipermudahkan, satu hos pital mendoakan awak”.

Bila dah kena tahan di ward, masa ni lah rasa layanan hos pital terlalu baik. Bilik luas. Tuala, toilettries disediakan. Alquran disediakan. Ada nurse akan siapkan segala kelengkapan, urut masa tengah saa kit, ada mak bidan yang masuk bacakan surah diperut, ajar teknik breastfeed, sentiasa ingatkan suruh minta maaf dengan suami.

Doktor setiap kali check bukaan sentiasa bg semangat masa tgh lalui contraction. Sentiasa pee luk kita, genggam bg semangat supaya kuat.

Family nak tunggu pun memang selesa. Boleh tengok netflix, boleh tgk you tube.Baju sehari nak salin berapa helai pun tak kisah. Sentiasa sediakan baju baru kalau nak salin.Nak masuk labour room tak perlu bawa apa termasuk pkaian baby. Baju baby dan bedung semua dari hos pital.

Masuk labour room 9.26 malam. Masa ni semua staff dah bersedia. Sentiasa dkt telinga bacakan doa nabi yunus. Masa tgh saa kit kadang2 semua boleh lupa, tapi sentiasa ada nurse bacakan doa dekat telinga. Nurse sentiasa disekililing ajar teknik yg betul sampai kita jadi tenang sangat masa nak push. Saa kit tu memang tak boleh nak kurang, tapi layanan yang dapat boleh buat kita jadi tenang. Alhamdulillah 10 minit dalam labour room, lahirlah Nur Hayla Fatimah.

 

Doctor siap suruh suami ambil gambar dan record video moment terindah ni banyak-banyak. Tapi aurat sentiasa dijaga rapi. Lepas selesai semua, Doktor minta suami call mak ayah. Masuk sekali tengok baby dalam Labour room. Doktor sendiri sambut family dkt pintu labour room ucap tahniah.

Lepas bersalin doc kham bisik dkt telinga, “macam mana awak saa kit, macam tu la dosa awak gugur”. Siap dici um dahi kita sambil gengam tangan ucap tahniah.

Baby siap ditahnik masa dalam labour room tu juga. Kurma, air zamzam, surah semua disediakan supaya mudah untuk suami tahnik baby.

Selama dalam waad segala menu chef zubir yang masakkan. Semua sedap-sedap! 2 hari 1 malam menu setiap hari macam bercuti dekat hotel.

Bangun pg keesokan, pukul 8 pagi nurse dah dtg bilik untuk mandikan. Kita bawa badan je. Siap berurut. Memang syok sangat. Pakaikan baju, stokin. Segalanya nurse yang buatkan dengan semua staff baik-baik belaka.

Baby dijaga cukup baik. Scanning, hearing test, dapat macam-macam hadiah dari hoss pital. Baby pun dioffer untuk disunatkan oleh Doc Khamsiah hari tu. Siap dapat fresh flowers dari hos pital.

Nak discharge, segala bag dan barang family tak dibenarkan angkat sendiri. Ada staff nurse akan angkat semua barang sampai ke dalam kereta.

Kalau nak selesa, pilih single atau Vip room. Family nak berkampung/ bermalam pun takde masalah.Bawah ni saya sediakan harga pakej terkini di Andorra. Memang saa kit bersalin tu sama je, tapi keselesaan bersalin buat kita rasa tenang.

Layanan yang ikhlas dari Hos pital Andorra ni buat saya dan family sampai sekarang teringat-ingat. Dekat andorra ni rasa disayangi, dihargai dgn layanan staff yang tersangat baik. Family sangat-sangat selesa dan siap pesan anak no.2 nanti bersalin sini lagi

Thank you andorra buat pengalaman pertama bersalin saya sungguh bermakna

Boleh la tag suami minta bersalin sini. InshaAllah tersangat-sangat puas hati

Sumber : FB Faraain Mohammad