“Ini Baru Betul Pahlawan Bugis”. Netizen Terhibur Aksi Najib Pandu 4WD Melepasi Arus Sungai

Tular rakaman bekas perdana menteri iaitu Dato Seri Najib Razak memandu 4WD melepasi sebuah sungai.

Dipercayai Najib sedang dalam perjalanan ke sebuah perkampungan orang asli di sekitar Cameron Highland dalam usaha beliau membantu hari-hari terakhir kempen pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan memuji kebolehan Dato Seri Najib memandu pacuan 4 roda itu melepasi sebuah aliran sungai yang agak deras.

Bukan ‘fake’, tapi ‘fact’. Boleh dilihat sendiri dalam video di bawah dan artikel ini bukan untuk berpihak kepada sesetengah individu atau parti politik. Cuma dengan usia yang sebegitu, boleh dikatakan skill pemanduan Najib boleh dikatakan hebat.

Lihat apa komen netizen dibawah

” Perghh.. Nmpak je mcm tu. Dalaman, betul2 pahlawan bugis. Ya Allah kau mudahkan urusan si mohd najib ni. Bangga bossku nama kita sama

” Macam ni lah baru betul jantan dato sri..bukan mcm sorang tu..nak naik kurang-kurang RollRoi ja

” Harap-harap dia perasan la dia bawak 4wd..jgn bantai drift pastu bgtau x perasan mcm calon tu

” Bagus kehidupan DSN sejak tak jadi pemimpin negara. Enjoy buat apa-apa saja – itu dan ini. Mungkin beliau berasa kehidupannya kini lebih berkualiti berbanding sebelum ni. Teruskan, bossku. Apa nak malu..”

Setakat ini video tersebut yang di kongsi di laman FB beliau telah mendapat 8 ribu like dan lebih 600 shares selain 66 ribu view.

Boleh tahan juga penangan bekas perdana menteri ini, sejak kisah ‘Malu apa bossku’ yang viral sebelum ini, populariti Najib seakan meningkat mendadak.

Lihat video di bawah

Dalam pada itu Datuk Seri Najib Tun Razak turut  dikerumuni orang ramai ketika menikmati makan tengah hari di Restoran Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali ‘nasi ganja’, hari ini.

Beliau yang kini popular dengan panggilan bossku tiba di restoran berkenaan kira-kira jam 1.20 petang dan menghabiskan masa selama satu jam menikmati hidangan antaranya ayam masak merah, sotong kari, telur masin, daging rendang dan ikan bawal kari.

Orang ramai yang datang ke restoran berkenaan mengambil peluang bergambar dan melaungkan ‘bossku’ berulang kali sambil disambut ketawa dan ucapan terima kasih daripada Najib.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : sinarharian & FB Najib via newscoviral.com