Ingat Lagi Wajah Comel Di Botol F&N. Ini Wajah Terkini Budak Pada Botol Kordial F&N yang Disangka Liyana Jasmay, Memang tak sangka.

Siapa yang tidak tahu air kordial zaman kanak-kanak dahulu sehingga kini, air kordial F&N yang dahulu sungguh terkenal terutamanya pada bulan puasa.

Diatas botol kordial berkenaan terdapat gambar seorang budak comel di mana selama ini ramai yang berfikiran yang budak perempuan tersebut adalah gambar Liyana Jasmay semasa kecil kerana terdapat iras-iras.

Namun rupanya, kanak-kanak berkenaan bukanlah Liyana Jasmay sebaliknya ia adalah milik Madihah Binti Mohd Firdaus yang kini sudah pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik.

Sama tak gambarnya dengan gambar di atas botol kordial F&N tersebut?

Menurut Madihah, semasa kecil ibu bapanya selalu membawanya untuk menjadi model untuk beberapa iklan menyebabkan gambarnya terpampang di botol kordial berkenaan sehingga kini.

Jom kita usha lagi gambar Madihah yang sudah pun membesar menjadi gadis yang cun melecun yang kami ambil di laman Instagramnya bernama dihahmfrds.

Biodata Madihah Binti Mohd Firdaus Model Botol F&N: Nama Penuh: Madihah Binti Mohd Firdaus. Umur: 18 Tahun (2016)

Asal: Kelantan. Tempat Tinggal Terkini: Ampang Selangor. Sekolah: SMK Bukit Indah, Ampang Selangor. Pekerjaan Terkini: Model dan Jurujual Online

Laman Sosial Twitter: https://twitter.com/dihahmfrds. Instagram: https://www.instagram.com/dihahmfrds/

Siapa sangka anak kecil ini sudah pun dewasa, malah rupa parasnya cantik dan ayu menawan..:)