Dah Tahu Miskin Beranak Setiap Tahun Kenapa. Anak Petani Dihina Cikgu, Rakan Sekelas

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang berduit dan mampu memiliki apa yang kita inginkan apabila kita minta. Bagi sesetengah individu, rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha yang keras.

Dalam perkongsian IIUM Confessions, seorang lelaki bernama Sam telah menceritakan jerih perit kehidupannya menjadi anak petani yang sering dihina oleh guru dan rakan sekelasnya kerana mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“ Nama aku Sam dan semestinya ia bukan nama sebenar. Asal dari negeri Pok Jib. Lelaki dan sekarang kerja kerajaan. Aku cuma nak meluah pasal adik beradik aku yang seramai 14 orang. Kakak, abang dan adik aku meninggal masa kecil. Aku anak kelima (selepas tolak abang dan kakak yang dah tak ada).

“ Jadi, 11 oranglah kiranya yang duduk serumah. Termasuk ibu ayah aku, kami duduk 13 orang serumah. Rumah kami rumah kayu. Duduk kat kampung yang rata-ratanya adalah keluarga terdekat kami.”

Cerita Sam bermula apabila dia masuk ke sekolah menengah. Oleh kerana dia banyak bercakap, dia mengikuti debat sekolah dan mewakili negeri. Kemudian dia menjadi ketua pengawas pula semasa di Tingkatan Enam (2011). Namun kedatangan seorang guru dari Borneo telah mengubah segala-galanya.

Sewaktu sesi perkenalan bersama guru tersebut di kelas, Sam dihadapkan dengan pelbagai soalan. Antaranya, soalan mengenai berapa adik beradik yang dia ada.

“ Aku cakap 11 orang. Anak kelima. Dia terkejut. Terkedu sebentar. Pastu dia cakap, ramai gila. Kuat eh bapak ko. Masa ini kawan-kawan aku dok gelak. Aku macam, apa masalah kau adik beradik aku ramai?

“ Tapi dalam hati, hormat guru itu nombor satu. Aku diam. Senyap. Kawan-kawan masih gelak. Cikgu pun. Aku malu. Rasa nak nangis. Tapi aku cakap dalam hati, tak apa. Sabar. Kau lelaki. Tahan air mata,” cerita Sam.


Lepas tu guru tersebut menyuruh satu kelas membuat pembentangan pula. Semuanya mengenai keluarga kerana semata-mata nak menghabiskan dua jam kelasnya yang pertama kali mengajar di situ. Kesemua rakan-rakan Sam membentangkan mengenai keluarga mereka yang kecil dan berjaya.

Ibu bapa mereka kebanyakannya guru, pilot, miliki bisnes sendiri dan anak-anak datuk datin. Sam terkedu, adakah dia seorang saja anak petani di sini? Dia masuk sekolah itupun kerana cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Kemuncaknya apbila rakan kelas aku seorang ni buat pembentangan beliau. Ayah pilot. Mak guru. Ayat beliau yang aku takkan lupa:

“ Malaysia makin mundur disebabkan lambakan penduduk yang miskin tapi subur membiak. Dah tahu hidup miskin, beranak setiap tahun tu kenapa?

“ Mak dah jadi kilang anak. Lepas itu sibuk nak minta subsidilah, bantuan kewanganlah. Patut Malaysia amalkan satu keluarga satu anak sahaja. Ayah kerja petani tapi anak berderet.” Fuhh pedas tegurannya tu!


Waktu tu Sam tergamam mendengar kata-kata rakan sekelasnya. Dia kemudian membentang tentang keluarganya pula. Ibunya seorang suri rumah manakala ayah pula kerja sebagai petani. Kadang-kadang mereka sekeluarga makan empat ekor ikan berkongsi 13 orang. Kadang pula tiada lauk langsung. Mereka hidup susah namun tidaklah melarat.

Walaupun Sam berjanji suatu masa nanti dia akan berjaya dan dia meminta orang ramai jangan memandang enteng kepada anak seorang petani. Jangan pandangnya sebagai seorang pengemis!

Dan kini Sam berjaya membuktikan janji-janjinya. Bermula dengan menjadi guru sandaran, kemudian dia mengambil ijazah dengan wangnya sendiri tanpa meminta bantuan daripada mana-mana sumber. Sekarang, dia bekerja dengan kerajaan dengan gaji RM18,000 sebulan! Wow!

“ Aku pernah berjanji akan buktikan anak petani yang miskin itu akan berjaya. Dan sekarang, aku berjaya. Rumah kami telah berpindah ke tempat lain. Negeri lain. Jauh menyeberangi Laut China Selatan. Aku dan keluarga ingin mulakan hidup baru,” kata Sam lagi.

Sementara ayahnya kini bukan lagi seorang petani namun seorang nelayan pula. Walaupun Sam sudah mampu menyara kehidupan mereka, ayahnya berkeras mahu bekerja. Lelaki tua itu juga kini sudah memiliki kereta pacuan empat roda hasil duit jerih payahnya.

“ Anak petani itu berjaya. Kepada cikgu, sekiranya cikgu membaca confession ini, saya tidak mengambil hati perbuatan cikgu. Kawan sekelasku, anak pilot. Jangan merasa bersalah denganku lagi. Aku bersyukur dipertemukan dengan kalian. Hari itu menjadi titik tolak keazaman aku belajar lebih keras sehingga berjaya,” kata Sam di akhir entri.

Sesungguhnya janganlah memandang rendah akan kesusahan yang dialami orang lain. Beri semangat dan bantu mereka untuk terus berjaya dalam hidup.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: lobakmerah