Berhenti Bang – Pak Nil Gigih Tegur Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Bapa Bonceng Anak buat Ramai Orang tersentuh.

Nama Datuk Aznil Hj. Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil bukanlah nama asing dalam dunia seni tanah air. Beliau mempunyai bakat yang besar dalam dunia pengacaraan sehingga menjadi pengacara nombor 1 Malaysia dan telah banyak melahirkan bakat-bakat baru. Pak Nil sangat dikenali dengan sikap penyayang dan prihatin terhadap orang-orang di sekelilingnya terutama sekali kanak-kanak.

Terbaru, Pak nil telah memuat naik satu video memaparkan dirinya menegur seorang ayah yang menunggang motosikal sambil membonceng anak dalam lingkungan usia 7 tahun sewaktu beliau dalam perjalanan ke suatu tempat.

“Abang berhenti..anak tidur..”

Video:

Semasa berselisih dengan 2 beranak ini, Pak Nil menyedari keadaan anak yang dibonceng seperti terlelap sambil [email protected] pinggang ayahnya. Oleh itu, Pak Nil bertindak untuk menarik perhatian ayah ini supaya berhentikan motosikal kerana risau akan keselamatan kanak-kanak tersebut.

Pak Nil sempat beri nasihat kepada para ibu bapa di luar sana supaya jangan ambil ringan perkara sebegini kerana malang tidak berbau. Beliau turut mendoakan agar si ayah diberi rezeki tambahan supaya mampu menyediakan kenderaan yang lebih selamat untuk anaknya itu.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut berasa terharu dengan sikap mulia dan keperihatinan Pak Nil yang sanggup berbuat demikian walaupun sudah terkenal.

Menangis tengok video ni..semoga sikap prihatin Pak Nil dirahmat1.

Mulia betul hati PakNil ni..sangat sensitif hal2 camni.

millionairemanjullagr Before when | work at Singapore with my husband also like that and my husband will b knocking my helmet don’t sleep apa kan daya kerja 24jam ot tak cukup tido cari rezeki halal #lifeisnoteasy

mildredfaisal alhamdulillah pak nil baik hati May allah bless you

norma_mahmood semoga pakcik n paknil di beri kan keberkatan dunia akhirat…amin

zack_yasok Ya Allahhh…good job #paknil..mmg kng saya seriau tgk ayah2 yg boncengkan anak tp anak mengantuk..

sarahabdulraof Dulu masa kecil arwh ayah cuma ada motorje. Nak kemana2 hanya tu Ia transport nya.. arwh ayah akan cubit kecik kalau saya x respond bila dia sembang. Dia tau saya tidur.

izamohdishak Terima kasih buat pak nil yg sentiasa peka dgn keadaan org Iain. Bagus sikap Pak Nil yg xpernah mendongak ke langit walaupon sudah berada di puncak.

Walaupun terkenal tetap merendah diri..

Sumber: IG aznilnawawihm via memorikini.com