“Berat Badan Abah Sekarang 37 Kilogram, Tiada Daging, Hanya Kulit Membalut Tulang” – Adam Corrie

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee berkongsi kisah bapa mertuanya yang menjalani rawatan Dialisis selama tujuh tahun.

Menerusi entri di Instagram (IG), Adam berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan bapa mertuanya itu kembali sihat semula seperti biasa.

“Ini abah (bapa mertua) kesayangan saya. Selain mendiang ayah saya, abah dah jalani rawatan Dialisis selama 7 tahun.

“Sekarang rawatan dialisis sudah dihentikan kerana badan abah tak boleh terima lagi. Berat badan abah sekarang 37kg. Tiada daging, Hanya kulit membalut tulang.

“Doakan kesihatan abah (bapa mertua) saya dan dipermudahkan segala urusannya dan doakan kami sekeluarga kuat untuk terima kemungkinan yang mendatang.

“Minta jasa baik jangan iklan & syorkan kepada pesakit yang menjalani rawatan atau sudah berhenti dialysis ambil sebarang produk tanpa saranan Doktor.

“Selidik & kaji dahulu sakit pesakit, sebelum suruh kawan atau keluarga kita makan apa-apa. Kita bukan Doktor,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar ayah mertuanya kembali sihat serta mereka kuan untuk menerima sebarang kemungkinan selepas ini.

Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.
“Saya Berkhatan Ketika Umur 38 Tahun, Anak Sunat Usia 5 Bulan…”- Adam Corrie Lee

Pelakon Cina Muslim, Adam Corrie Lee mendededahkan dia menjalani proses berkhatan ketika berusia 38 tahun, setahun sebelum memeluk Islam.

Menyedari kebaikan bersunat, Adam membuat keputusan untuk mengkhatankan anaknya Adam Fateh Lee yang baru berusia lima bulan.

Menurut Adam Corrie, anaknya menjalani proses itu dengan sangat baik.

“Alhamdulillah Fateh @adamfatehlee Dah Sunat/ berkhatan pagi tadi. Fateh kuat… Ini muka belum Sunat, gambar ke 2 ready Dah nk kena Sunat. Dan gambar no 3 .. Dah selesai Sunat.

“Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi Anak yang soleh Dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW.

“Terima Kasih Dr Usamah Dan nurse2 yang sunat Fateh tadi.

“Bidadari Saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar Dan nangis. Abah tukang zikir Kat telinga Fateh masa sunat.

“Saya sunat setahun sebelum Saya syahadah. Saya tahu sunat ini Bagus utk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dgn izin Allah,” tulisnya

Pelakon KL Gangster itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia telah memuat naik foto sebelum, semasa serta selepas keadaan anaknya ketika proses berkhatan itu dilakukan.

Rata-rata memuji bayinya yang kelihatan sangat baik dan tenang ketika proses itu dilakukan.

Sumber: gempak