Belum sejuk isu santai celah kangkang, gambar Emma yang lain pula disebarkan

Industri seni tanah air sememangnya tidak pernah sunyi daripada pelbagai kisah sensasi. Bukan hanya cerita hasil seni yang dipaparkan, bahkan kisah kehidupan peribadi turut dijajakan.

Ada yang manis, tapi tak kurang juga yang pahit untuk ditelan.

Begitulah lumrah dan adat dan asam garam dunia seni yang sering menjadi perhatian peminat.

Baru-baru ini kecoh seketika portal-portal hiburan dengan penyebaran gambar seorang pelakon terkenal yang berkepit dan dikepit oleh abang kepada seorang menteri yang terkenal dengan aksi poster boy. Mesra gitu. Ada apa-apa ke?

Walaupun mengakui kesilapan beliau dan telahpun memohon maaf, tetapi tindakan itu ternyata tidak cukup untuk menghentikan rejimen pakcik dan makcik bawang untuk terus melaksanakan tugas mereka mengulas isu tersebut.

Lihat saja la komen-komen kat bawah ni. Bernanah telinga weh.

Beliau yang tampil dengan imej bertudung telah menghampakan ramai peminat apabila kembali memuat naik gambar tidak berlitup. Dipercayai gambar-gambar tersebut adalah untuk tontonan kenalan terdekat sahaja tetapi telah tersebar dengan kelajuan melebihi hadlaju kamera AES dan data internet korang.

Belum pun reda isu gambar bersantai di celahan drumsticks, rejimen bawang seMalaysia terbitkan pula koleksi musim panas yang lain.

Kesian Emma. Semoga beliau tabah dengan dugaan kali ni dan tidak mengulangi kesilapan sebegini.

Admin doakan jodoh Emma kali ni berkekalan tak seperti sebelum-sebelum ni. Kalau dah dipersetujui kedua-dua belah pihak tu langsungkan jela majlis cepat-cepat ye.

Malu apa bossku?

Sumber : kelapaparut.com