Akhirnya terjawab , Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti

LAPORAN orang hilang yang dibuat seorang bapa membolehkan identiti pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terjunam ke dalam laut selepas kemlangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang, dekat Perai, dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, mngsa dikenali sebagai Moey Yun Peng, 20, yang juga penuntut kolej swasta.

Katanya, bapa mngsa membuat laporan kehilangan anak lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah pada 5 petang tadi selepas Moey tidak pulang ke rumah, semalaman.

“Dia mendakwa anak lelakinya tidak pulang dan mungkin terbabit dengan kemlangan itu yang menyebabkan sebuah SUV terjunam ke dalam laut.

“Bapa mngsa juga memberitahu menerima maklumat daripada rakan anaknya bahawa mereka terbabit kemlangan,” katanya di sini, semalam.

Nik Ros Azhan berkata, tiga saksi bebas dan dua rakan Moey sudah tampil untuk membantu siasatan kes itu.

“Kita sudah merekodkan semua lima keterangan dan rakan mngsa mengaku terbabit dengan kemalangan itu ketika pulang daripada menghadiri parti hari jadi di Georgetown.

“Seorang saksi bebas pula berkongsi rakaman video ‘dashcam’ yang memaparkan insiden berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, kes disiasat mengikut Sksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, operasi diberhentikan pada 7 malam tadi dan bersambung semula pada 7 pagi esok.

Terdahulu, sebuah kenderaan dilapor terjunam ke dalam laut pada 2.50 pagi hari ini selepas berlanggar dengan kereta Toyota Vios yang disyaki terbabas di lorong kanan jambatan itu sebelum melanggar pembahagi jalan.

SUV putih yang datang dari arah belakang dipercayai cuba mengelak, namun hilang kawalan hingga merempuh tembok sebelah kiri jalan dan tercampak ke dalam laut.

Ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi, hanya Toyota Vios yang remuk di bahagian hadapan ditemui manakala saksi memberitahu sebuah lagi kenderaan (SUV putih) terjunam dalam laut.

Sementara itu, jurucakap JBPM Pulau Pinang berkata, arus deras menyukarkan usaha mengesan kenderaan terbabit.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, jarak penglihatan di kawasan carian terhad disebabkan air kotor dan turut menyukarkan penyelamat.

Dalam pada itu, video berdurasi 21 saat membabitkan kemalangan itu tular di media sosial dan dipercayai dirakam kamera dashcam dipasang salah satu kenderaan yang melalui jambatan berkenaan.

Ia menunjukkan kereta Toyota Vios yang dipandu laju secara tiba-tiba muncul sebelum terbabas ke lorong kanan dan merempuh SUV putih terbabit.

Berikutan itu, kedua-dua kenderaan berpusing beberapa kali dan merempuh penghadang jalan sebelum Toyota Vios tersadai di tepi jalan manakala SUV putih tercampak ke dalam laut.

Video kejadian :

Antara komen netizen :

Ahmad Tarmimi –Melayu ke cina ke india ke org biasa ke vvip ke..Hukum tetap hukum jgn pilih bulu!!!sembang malaysia baru so mentaliti jgn kuno

Amir Zarith –Kronologi:
Bomba terima panggilan jam 2:54am dan tiba jam 3:13 pagi.Kemlangan di KM 4.0 arah ke Perai melibatkan Toyota Vios dipandu seorang lelaki India berusia 20an dgn sebuah SUV Mazda CX5.Pemandu Vios cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya sementara usaha mencari dan menyelamat mangsa di dalam CX5 masih dijalankan.

-Timbalan Penguasa Bomba A’Azelan Hassan.

Affendi Ibrahim –MasyaAllah..siapa sangka nk blh jd kemalangan mcm ni…kereta putih tu berada di lorong yg betul pn x sngka ada kereta lain blh nk langgar dia… penunggang m/sikal tu betul2 bernasib baik, Alhamdulillah panjatkan ksyukuran pada tuhan aaminn.. ingat tuhan selalu sblm naik kenderaan baca doa naik kenderaan atau bismillah. Mudah2an kita semua di rahmati Allah s.w.t.

Hd Gunners –Akhir cerita ni….pemandu vios adalah pemegang kad OKU…mcm biasa la

Wan Faizah Zakaria –Bagus ada dashcam ni. Patut kerajaan boleh bg tax exemption utk yg beli dashcam, mcm komputer tu jugak. jadi apa2 kat jln raya, at least dashcam buleh membantu.

Mohd Nazrin –mcm mbuk todi bwak keta.jgn asyik rokok ja nak haram kan kat 1 penang,arak skali la.Arak ni la lg byk punca org tak bersalah kena.

Osman Marcom –Jangan pulak vios buat report claim suv yang langgar dia. Mujur ada dashcam boleh jadi bukti saksi.

Al Amin –Perghhhhh dia igt ni trek sepang ka.Nyaris2 ja moto tu pun nk kna sapu..La ni rasa2nya dh kena letak KAMERA AES atas penang bridge.

Apa kata anda ? Jangan lupa like koken dan share ya..

Sumber : hmetro