4 gambar : Inilah wajah pemandu Vios yang menyebabkan kereta lain terjunam dalam laut?

Seorang lelaki telah membuat laporan polis selepas anak lelakinya berusia 20 tahun tidak pulang sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, lelaki tersebut hadir di Ibu Pejabat Polis SPT petang tadi bagi membuat laporan berkenaan anak lelakinya itu.

Menurutnya, lelaki terbabit membuat laporan pada jam 5 petang tadi selepas menerima maklumat dari rakan anaknya itu bahawa mangsa disyaki terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang.

“Bapa kepada mangsa diberitahu oleh rakan anaknya bahawa kereta yang dipandu anaknya iaitu jenis Mazda CX5 berwarna putih telah terlibat kemalangan dan terjatuh ke dalam laut.

“Mangsa dikenali sebagai Moey Yun Peng adalah pelajar sebuah kolej swasta dan tinggal di Taman Kempas, Butterworth,” katanya ketika dihubungi tadi.

4 gambar : Inilah wajah pemandu Vios yang menyebabkan kereta lain terjunam dalam laut?

Menurutnya, sehingga kini, tiga saksi bebas dan dua rakan mangsa telah tampil membantu siasatan.

“Kesemua saksi telah dirakam percakapan mereka dan dua rakan mangsa mengaku mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut. Menurut mereka, mangsa dalam perjalanan pulang dari menyambut hari lahir rakan mereka di Georgetown.

“Sementara itu, seorang saksi bebas yang nampak kejadian telah memberikan kerjasama dan berkongsi video ‘dash cam’ kereta miliknya kepada polis,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

GAMBAR PEMANDU VIOS TULAR DI MEDIA SOSIAL

disebabkan kejadian tersebut netizen kongsikan beberapa gambar dan link facebook pemandu vios berkenaan di semua group di facebook

wajah pemandu vios?

Dipercayai inilah wajah pemandu vios itu

Profile di Facebook

NETIZEN KONGSIKAN DALAM BEBERPA GROUP DAN PEMANDU VIOS MENERIMA KECAMAN

4 gambar : Inilah wajah pemandu Vios yang menyebabkan kereta lain terjunam dalam laut?

Ada Main ‘Barang’

Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, semalam didapati positif gannja.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan terhadapnya.

Menurutnya, polis juga sudah mengambil sampel da rah mangsa untuk mengetahui kandungan alk0hol dalam badannya.

“ Pemandu Toyota Vios berkenaan kini masih mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana mengalami kecede raan di kepala, kaki dan tangan.

“ Sebelum ini, dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang, namun pengsan ketika berada di rumah dan dikejarkan ke hospital swasta,” katanya.

Dalam kejadian 2.45 pagi semalam, dua kenderaan masing-masing Toyota Vios hitam dan kenderaan utiliti sukan (SUV) putih terbabit dalam kema langan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai.

Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pendandan rambut ce dera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala SUV putih itu pula berpusing beberapa kali sebelum terjunam dalam laut.

Identiti pemandu SUV itu dikenalpasti sebagai Moey Yun Peng, 20, selepas bapanya membuat laporan polis 5 petang, semalam kerana anaknya yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu masih tidak pulang.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, pemandu Toyota Vios dan SUV itu adalah rakan sejak di bangku sekolah dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut parti hari jadi di kelab di Lebuh, Chulia, Georgetown.

“Mereka berdua bersama lima lagi rakan baru selesai menyambut hari jadi dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di seberang.

“Lima lagi rakan mereka pula tinggal di bahagian pulau,” katanya.

Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sama ada mereka berlumba atau sebaliknya.

Sementara itu agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi sudah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terjunam ke dalam laut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai, semalam.

Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata, aset-aset APMM, polis marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengesan mangsa.

Menurutnya, antara aset yang digunakan termasuk bot kilat Maritim Perak bersama 14 penyelam termasuk Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia.

“Pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong seramai sembilan orang dan Bot CN 001 dibantu Pasukan Simpanan Sukarela TLDM KD Perantau dari Pangkalan TLDM Lumut turut membantu dalam operasi ini.

“Turut terbabit ialah aset Pasukan Polis Marin iaitu Bot RH dan Bot ZABRI 1, manakala JBPM menghantar dua bot aluminium,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi disambung seawal 7 pagi dan semua agensi yang terbabit diberi taklimat di Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban, sebelum operasi carilamat diteruskan.

“Sektor pencarian dibahagikan kepada empat sektor dengan kawasan pencarian merangkumi 2 batu nautika radius dari lokasi kejadian.

Selain itu, seorang saksi bebas turut memberikan maklumat dengan berkongsi rakaman video ‘dashcam’ yang memaparkan insi den berkenaan – via theklasik.com