21 ribu like dalam sejam, troll terbaru Najib ini buat netizan terhibur

“Bukan oren lah tapi ‘peach’,” Sebelum ini, Najib sempat balas Khalid lagi

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi respons hantaran Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad susulan perang troll antara mereka pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook miliknya, Najib menjelaskan tentang warna baju yang dipakainya ketika turun berkempen dalam PRK Cameron Highlands semalam bukan oren, sebaliknya ‘peach’.

“Baju saya warna ‘peach’, bukan oren,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengakui beliau telah menekan ‘like’ pada hantaran ‘troll’ Khalid pagi tadi kerana Pengarah Komunikasi Amanah itu dilihat tidak berpuas hati dengan hantaran dibuatnya semalam.

“Saya tengok beliau amat tidak berpuas hati dengan ‘posting’ saya semalam sehingga terpaksa membuat beberapa ‘posting’ berturut-turut cuba untuk membalas dendam.

“Kenapa serius sangat, YB menteri? Rilekslah.

“Tak apa. Saya beri sedikit sokongan,” katanya.

Pagi tadi, Khalid menjadikan warna baju yang dipakai Najib semalam sebagai ‘bahan usikan’ dan beliau turut memuat turun gambarnya bersama Ahli Parlimen Pekan ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Felda Sungai Koyan.

“Ada yang pakai baju oren nak ‘join’ Amanah ke nak ‘training’ bahu (Penjara) Sungai Buloh? Kalau nak ‘join’ Amanah tu maaflah…kalau (Penjara) Sungai Buloh tu harapan cerah,” sindirnya.

Semalam, gambar yang sama digunakan Khalid untuk menyindir Najib dalam kes konteroversi 1MDB, menerusi hantaran berbunyi; ‘Kenalkan, sebelah kanan saya ni tauke 1MDB. Saja nak bagitau, baik jadi tauke Harapan Coin daripada tauke 1MDB yang rembat duit rakyat’.- sinar harian

21 ribu like dalam sejam

Posting terbaru Najib ini sekali lagi mendapat sambutan yang luar biasa dari warganet. Setakat artikal ini ditulis, jumlah tanda suka ialah 21 ribu dalam masa hanya sejam. Patut la Najib dinobatkan sebagai Raja Troll. Berikut merupakan status berbisa Najib Razak:

“Dengar khabar, 3 minggu lagi PH nak bersalin selepas 9 bulan kahwin.

Anak laki ke perempuan?”

Anak laki ke perempuan?”

Berikut reaksi dari beberapa netizan:

“Blh like sikit komen aku.. aku dah hari2 lepak kat warung Dsn nie.. page lain semua dah xwujud lagi.. sejak bossku dinobat sebagai raja troll..”

“Laki ke pempuan sy tk tahu DSN…dibuat budak tu taknak kluar..hulur tiket tol dan resit beli minyak kt petron…yelah…minyak kn dah naik 6 sen….cuba bayangkan…

“8 minit 3.5 k???? Memg padu troll dsnr… Nak like ckit boleh tak… Dah nak bersalin kat hospital mana agaknya ye??? Atau mgkin ayat diorng nanti.. blm ade rezeki lagi bossku.. banyak tanggungan lain.. puiiii”

“Kali pertama DSNR menunjukkn bakat troll beliau adalah ketika dlm pembentangan bajet 2018, dimana masa tue mangsa troll pertama juga merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia, Wan Azizah Wan Ismail.”

“Datuk Sri x yah amik tau la anak PH lelaki ke pompuan.Saya dah tau awal2 lg lepas diorang akad nikah 9 bulan lepas.Baru 3 bulan” Gugur”.Pastu cakap nak buat anak anak lg.begitulah seterusnya…dan seterusnya…sampailah diorng bercerai….x lama pon….4 tahun je lg.”

Sumber : celotehsaje.com